Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Thursday, 3 April 2014
pendidik cemerlang
“En Fazrul, satu lawan 47.”
“Bukan mudah tuan. Saya amat terkejut ketika menguruskan satu kes lesbian di kalangan pelajar. Kata pelajar tersebut, ‘Syurga neraka masing-masing cikgu,’” sedih ustazah tersebut ketika menceritakan kepada saya.
Penyelesaian untuk sistem pendidikan?
Kata-kata di atas adalah dialog saya selepas habis program Pendidik A+ kali ketiga yang diadakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 4 Ogos 2012. Saya jangkakan 20 orang, yang hadir lebih 40 orang. Ia sebagai petanda yang amat positif betapa ramai ingin membaiki diri untuk menjadi pendidik yang hebat.
“A+ ini ideal-lah Encik Fazrul.”
Saya setuju. Tetapi ia tidak mustahil. Ia bukan sahaja dilaksanakan oleh Nabi, malah oleh sahabat dan tokoh-tokoh pendidik sepanjang zaman. Saya bekerjasama dengan Akademi Sinergi untuk mengumpulkan tokoh pendidik yang dirindui. Saya menyemak kisah mereka. Kisah-kisah itu membuktikan Pendidik A+ memang sudah ada. Ia boleh dibina. Bukan hanya pada zaman Nabi. Bukan hanya pada zaman itu.
Pendidik A+ itu bukan sekadar mengajar akademik
Selepas habis program semalam, akan saya kendalikan program untuk melonjakkan dana untuk usahawan dan pemimpin – termasuk di sekolah-sekolah. Pendidikan memerlukan kos yang tersendiri.
Salah seorang peserta dari sekolah menengah di Bangi berkongsi dengan saya penyataan yang sering didengar oleh konsultan. “Kami tidak banyak bajet.”
Sehinggakan pada satu masa, saya tidak berminat untuk ke sekolah kerana ‘kurang bajet’ jika saya mementingkan hal bisnes saya. Namun itu tidak menyelesaikan masalah. Saya cuba cari penyelesaian. Dan nampaknya kini saya boleh hadir dengan model latihan komprehensif. Saya nyatakan pada cikgu yang berkata tersebut ‘saya akan ajarkan cikgu bagaimana meningkatkan dana tanpa cikgu perlu bekerja melampau-lampau. Lebih 100 cikgu dan lebih 2000 pelajar itu satu potensi yang besar. Insha-Allah”
Pendidik A+ mampu untuk meningkatkan dana sekolah dan sendiri agar terus mampu memberi dan berkhidmat pada anak bangsa.
Satu lawan 47
Seorang guru lagi berkongsi, “dalam kelas saya amat ramai pelajar. Lainlah kalau sekolah swasta.”
Saya setuju 47 amat ramai. Samada kelas perlu dibanyakkan atau cikgu perlu menguruskan 47 orang seperti menguruskan satu sesi latihan. Pilihan pertama melibatkan sistem dan bajet dari kementerian. Pilihan kedua bergantung kepada kreativiti guru. Pendidik A+ akan melihat ini sebagai peluang kreativiti untuk mengurangkan stres dan melonjakkan pahala. Antaranya ialah dengan mewujudkan study group dan pelbagai idea lain yang terbukti berkesan di kalangan Pendidik A+. Kisah-kisah yang dikongsikan dalam ‘Pendidik Yang Dirindui’ menampakkan guru-guru ini amat kreatif hingga mereka memberi kesan besar pada pelajar.
Dunia pendidikan cemerlang: bukan hanya ada pada zaman dahulu. Ia boleh diulang dengan mengikut susur galur tokoh pendidik hebat – Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasalam.
sumber dari: http://membinalegasi.com/
Labels:
guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment