Pages

Saturday 12 April 2014

Cik Anne ke Namsan Tower




''Kunci cinta di Seoul"

Hari nie hari terakhir Weols di Seoul.Sebenarnya banyak lagi tempat yang belum sempat nak di terokai.Seminggu memang tak cukup sebenarnya.Tapi  bagi Cik-Anne, ini pun dah syukur alhamdulilah.Dapat juga menjejaki dan merasai keindahan bandar Seoul, menikmati makanan mereka yang pelik-pelik tapi sedap, budaya masyarakat mereka yang jauh berbeza dengan masyarakat kita di sini.Kalau nak tahu apa bezanya uols kenalah datang!!..

Nie lah bas yang bawa weols ke Namsam Tower..

Menyusuri bukit bukau, sejuk mata memandang..ada juga yang berjalan kaki..

Semua kenderaan termasuk bas berhenti di sini, ramai juga pelancong waktu nie.Weols pun tak lepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar.

Rupa-rupanya nak ke sana, kita kena berjalan kaki, adohaii!!, jenuh nak daki bukit tu, mencungap-cungap juga lah Cik-anne.,tak daya den oiii..

Dah sampai atas ingat nak lepak la kat kerusi nie, tapi penuh pulak..

 
Cik-Anne tak lepas kan peluang untuk berposing dengan bear yang sangat cute nie..


 Pintu masuk ke Namsan Tower..

Cermin kaca nie di jamin boleh menampung berat seseorang, so sape yang tak gayat tu, boleh la tinjau-tinjau pemandangan kat bawah tu.. 

Kena la masukan duit dulu, baru boleh melihat pemandangan sekitar Seoul..

Pemandangan sekitar Seoul...

Souvenir banyak kat sini..Boleh la beli satu dua untuk buat kenang-kenangan.. 

Cute kan mug nie.. 



Inilah cinta hati Cik-Anne..hik3

 
Kebanyakan pasangan kekasih ke sini untuk mengunci cinta mereka di 'Love Locks' iaitu dengan mengunci dua mangga yang tertera nama mereka bersama, sebelum kuncinya di buang..Kononnya di katakan dapat mengikat perasaan cinta dan sayang antara dua insan supaya berkekalan buat selama-lamanya.Itu pendapat sesetengah orang yang percaya , tapi bagi Cik-Anne tak percaya pun semua tu..huhuhu 


 
Dalam banyak-banyak padlock tu, Cik-anne paling terkezutt tenguk padlock gergasi yang Cik-Anne pegang tu.Siap ada gambar lagi.Sape kah mereka?? Artis ker?? 



sumber dari: cik-anne.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment