Pages

Friday, 4 April 2014

Keperluan Wasiat Menurut Undang-Undang Malaysia




Apa perlunya wasiat sedangkan faraid telah ditetapkan oleh al-Quran. Adakah berdosa jika tidak mematuhi faraid. Ramai orang Islam yang mempunyai tanggapan sedemikian. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang keperluan dan kebaikan menulis wasiat.

Wasiat bukan setakat merancang pembahagian harta pusaka kepada benefisiari tertentu malah ia lebih daripada itu. Dengan adanya wasiat anda boleh melantik seorang wasi yang anda yakin dan percaya untuk mentadbir harta pusaka anda setelah anda meninggal dunia, demi kemudahan orang-orang yang anda sayangi. Disamping itu bagi pewasiat lelaki anda boleh melantik penjaga bagi harta anak-anak anda dikalangan orang yang anda percaya.

Faraid telah menetapkan bahagian waris masing-masing. Tetapi di Malaysia undang-undang yang terpakai dalam urusan harta pusaka sama ada orang Islam atau bukan Islam tertakluk kepada Akta Probate dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian 1955). Dengan kata lain walaupun waris anda telah berhak mewarisi harta si mati di bawah hukum Faraid atau pun sijil Faraid telah diperoleh daripada Mahkamah Syariah, tetapi harta tersebut hanya boleh diwarisi oleh waris setelah surat kuasa di keluarkan oleh mahkamah. Sementara itu Harta Pusaka si mati akan dibekukan sehinggalah surat kuasa tersebut di perolehi.

Menurut Akta tersebut jika seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan wasiat yang lengkap dengan melantik wasi yang berwibawa untuk mentadbir hartanya, Probate akan dikeluarkan, manakala bagi kes seseorang meningal dunia tanpa meninggalkan wasiat Surat Kuasa mentadbir akan dikeluarkan oleh makamah.
 
 
 
 
 
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan Wasiat, maka seorang pentadbir yang bertanggungjawab diperlukan untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir dari mahkamah seterusnya menguruskan pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak. 
 
Pentadbir biasanya dipilih dikalangan waris. Kadang kala di sinilah timbulnya kekecohan atau pertelingkahan apabila tiada kata sepakat dalam menentukan siapa yang layak untuk mentadbir. Pentabdir adalah orang yang pertama sekali akan memegang harta simati. Tambahan pula dua orang penjamin yang mempunyai nilai harta sekurang-kurangnya sama dengan nilai harta simati dikehendaki dalam proses mendapatkan surat kuasa mentadbir dari mahkamah. 
 
Penjamin ini diperlukan untuk menjamin Bon Pentadbiran (bagi nilaian harta RM50,000 dan ke bawah). Jika melantik syarikat amanah sebagai pentadbir maka ia terkecuali daripada Bon Pentadbiran. Proses mendapatkan surat kuasa mentadbir adalah diantara 2-5 tahun. Kesukaran mendapatkan kata sepakat dalam memilih pentadbir serta mendapatkan penjamin melewatkan proses pengeluaran surat kuasa mentadbir. 
 
Sebaliknya bagi seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan Wasiat yang lengkap prosesnya adalah lebih cepat di antara 6 bulan-1 tahun sahaja kerana pentadbir atau wasi telah pun dilantik oleh si mati semasa hayatnya malah tidak perlu membayar bon pentadbiran jika wasi yang lantik berkemampuan melaksanakan tugas.



sumber dari: http://harithiskandar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment