Pages

Tuesday, 1 April 2014

Larangan merayakan 1 April bagi umat Islam






Hari ini genap 1 April, teringat masa remaja dulu, sering dipermainkan rakan-rakan dengan kata-kata dan perbuatan yang melucukan dan tidak kurang pula yang mengejutkan hati. Masa tu, kurang pengetahuan agama dan tidak pula mahu bertanya kepada yang arif dan bijak ilmu agama.
   
Sebenarnya 1 April atau April Fool tidak perlu disambut oleh umat Islam dengan pembohongan-pembohongan yang bukan menjadi amalan Islam.

DR. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa yang berisi larangan melakukan aktiviti yang disebut April Fool. Ketua Ulama Islam Antarabangsa itu menegaskan bahawa melakukan April Fool bererti melakukan pembohongan yang nyata, yang dilarang dalam syariat Islam.

Dalam fatwanya, DR. Qaradhawi menyebut dalam diskusi Islam online, “April Fool atau kedustaan April, adalah haram. Kerana ini jelas sekali sifat bohong dan dusta, dengan menginformasikan sesuatu yang menakutkan dan menggelisahkan orang. Rasulullah saw mengatakan, “Tidak boleh seorang Muslim membuat takut saudaranya sesama Muslim, walaupun untuk bercanda dan bergurau.”

Alasan pengharaman April Fool yang dihuraikan Qaradhawi atas empat perkara:  

Pertama, kerana itu adalah dusta. Dusta bukan akhlak seorang yang beriman, tetapi akhlak kaum munafiqin.
Rasulullah saw bersabda, “Tanda orang munafik itu ada tiga, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia ingkar, dan bila diberi amanah dia berkhianat.”

Kedua, kerana kedustaan akhlak boleh mengurangi keimanan seseorang. Rasulullah saw pernah ditanya apakah seorang mukmin boleh menjadi seorang pengecut? Rasulullah saw menjawab, ”ya.” Orang itu bertanya lagi, “Apakah ia boleh menjadi orang yang pelik?” Rasulullah saw menjawab, “ya.” Orang itu bertanya lagi, “Apakah ia bisa menjadi seorang pendusta?” Rasulullah saw menjawab, “tidak.”

Ketiga, dusta adalah pengkhianatan terhadap sahabat dan teman. Rasulullah saw bersabda, “Sebesar-besarnya pengkhianatan, sebesar-besarnya pengkhianatan, adalah jika engkau berbicara pada saudaramu dengan perkataan yang dia anggap engkau jujur, sedangkan engkau berdusta kepadanya.”

Keempat, April Fool termasuk taqlid a’ma (mengikuti secara membabi buta), terhadap kebiasaan non-Muslim. Kita sebagai umat yang dijadikan Allah swt sebagai umat pertengahan, dan menjadi saksi atas manusia tidak boleh mengikuti kebiasaan orang-orang non-Muslim melakukan kedustaan, kebohongan, keburukan. Kita tidak boleh mencampur antara yang baik dengan yang tidak baik.” Selanjutnya, Syaikh Al-Qaradhawi juga menghuraikan sejumlah kedustaan yang diharamkan, misalnya kedustaan yang bersifat massal, seperti melakukan kenyataan yang menyimpang dalam kenyataan akhbar dan iklan.
     
 Wahai sekalian remaja dan anak-anak yang terbaca blog saya ini, janganlah kalian menjadikan hari ini dan hari-hari yang berikutnya satu pembohongan kerana ia bukan perbuatan mulia dan haram di sisi agama Islam.

Nauzubillahi min zaalik.

Wallahu alam...



sumber dari: http://zmnaz.livejournal.com/

No comments:

Post a Comment