Cik-Anne pendek kan jelah entry kat Dongdaemun Market nie yer.
Kalau nak dapat banyak info uols leh la singgah kat blog kawan-kawan blogger Cik-anne yang dah otai berbanding Cik-Anne nie.Uols singgah la blog mereka nie.Mungkin banyak info lagi.Cik-Anne selalunya berpandukan pada blog leez,budak2,fatt,syieda.Ramai lagi sebenarnya nak sebut.Tanya lah kat mane corok sekali pun mereka nie tahu.hihihi
Kali nie yang bawa weols nama nya Hafis.Kiranya nie first time weols jumpa dia.Maknanya tiga orang tour guide weols tempohari.Maklumlah mereka nie kan student.Tenguk la sape yang free, dia yang akan bawa weols.Dia orang semua nie baik-baik belaka.Kalau ada sape-sape yang berminat nak gunakan perkhidmatan mereka leh la klik travelkorea.
Colourful souvenir
Kedai emas pun ada...
Kalau nak beli cotton/ silk kat Dongdaemun Shopping Complex, pegi floor 2-5.Bertingkat tingkat la tempatnya.Menjajau jajau juga la weols hari tu.Nasib baik lah si Hafis nie ada.Mostly sell by yards.Kebanyakan kain yang ada semuanya bidang 60.Kalau nak buat baju kurung atau pun baju melayu dalam 4 yards.Untuk kemeja dalam 2 yards.Harga sebih kurang 5,000-6,000 won per yards.
Masuk-masuk je complex tu terus nampak kain cotton yang berwarna warni nie..
Design semua cantik-cantik..
Warna-warni..
Nak cari warna apa semuanya ada..duit je yang tak berapa nak ada kan..hihihi
Renda pun banyak...
Hujan lebat time nie, perut punya la lapar..Weols singgah kat kedai ikan bakar.Ghamai pulak orang dalam kedai tu, maklum lah hujan..Diaorang bakar ikan kat luar kedai tu je.Uols pilih je nak makan ikan apa..semuanya segar-segar..
Antara menu yang di sediakan...
Menu tenghari weols...
Sotong goreng sambal...sedappp
Beli kimchi untuk bawa balik...
Cik-anne suka sangat kuih nie.Kkultarae namanya.Ada 3 perisa coklat,almond dan peanut.Satu kotak 5000Won jer.Dalam tu ada 10 biji.Tapi Cik-Anne paling suka almond.Sedap tau!! sape-sape yang nak pi tu boleh la Cik-Anne nak kirim..
sumber dari: cik-anne.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment