Pages

Wednesday, 9 April 2014

Berbuat Baik Kepada Ibubapa







"Jangan berteman dengan siapa pun yang melakukan 'Uquq’(bersikap tidak hormat, tidak baik ,menyakitkan, terhadap ibubapa), kerana ia tidak akan pernah setia pada hubungan dengan anda sementara dia telah melakukan' Uquq terhadap mereka yang lebih berhak atas dirinya daripada yang anda miliki." - Ibn al-Jawzi,

Rifa'ah Iyas bin 'berkata: "Aku melihat Al-Harits Al-'Ukli berjalan di pengkebumian ibunya dan menangis. Dia ditanya, "Mengapa engkau menangis?" Dia berkata, "Mengapa aku tidak menangis ketika sebuah pintu ke Syurga telah ditutup bagiku?" - Abdul-Malik Al-Qasim

"Selama setahun selepas ayahku meninggal, semua yang aku lakukan adalah meminta Allah untuk mengampunkan dia." - Amir bin Abdullah bin Az-Zubair
Hisham bin Hassan berkata: "Aku berkata kepada Al-Hasan, 'aku belajar Al-Qur'an dan ibu aku terus menunggu ku dengan hidangan makan malam sampai aku pulang.' Al-Hasan berkata, 'Adalah lebih baik bagi kamu untuk makan malam dengan ibu kamu sehingga hatinya terhibur, daripada melakukan haji secara sukarela.
'’Abdul-Malik Al-Qasim,

“Lebih baik bagi seorang lelaki untuk berada di samping ibunya di mana ia boleh mendengar nafas nya daripada ia berjuang di dalam peperangan .Sesungguhnya, menghadiri keperluan ibu lebih baik daripada perbuatan baik yang lain. " - Bishr bin Al-Harith



sumber dari: http://andak-summerroses.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment