Pages

Saturday, 12 April 2014

Cik Anne ke Nami Island




Pada mulanya Cik-Anne mengenali Korea melalui drama bersiri Winter Sonata. Cik-Anne rasa sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri kawasan yang pernah menjadi lokasi pengambaran drama bersiri terkenal tu. Bayangkan kerana drama bersiri itu kawasan itu menjadi popular di seluruh dunia.

Sape yang berangan-angan nak pi Pulau Nami? Sila angkat tangan setinggi yang boleh okay!!! Nape lak Cik-Anne nie, dah buang tebiat ker, huhuhu...Sebenarnya dah lame dah Cik-Anne berangan -angan nak jejak kan kaki kat Pulau Nami nie. Alhamdulilah sampai juga akhirnya. Amin.


Apa yang menarik sangat tempat tu ek? Sape yang dah pi je tahu kan!!! 



Pepagi lagi weols dah bangun & bergegas ke Train station. Weols naik Korail ke Gapyeong. Punyalah ghamai Ahjumma yang naik train nie sekali. Rupa-rupanya diorang semua nie nak pegi hiking.

Sesak dalam tu okes!!! Nak pengsan pun ade..berebut-rebut nak masuk. Mana tak nya basikal pun nak masuk..manelah tak sesak kannn..Bertolak-tolak la gamaknya.Weols nie je yang berhemah..hik3


Lebih kurang satu jam perjalanan, weols pun tibalah di Gapyeong station...dari sini weols naik teksi terus ke Pulau Nami..Senang je kan... Teksi diorang dahsyat tau...Hyundai Sonata & Kia K5.

Kat sini lah tunggu nak ambik teksi.Ikut giliran tau, jangan nak berebut-rebut. Panjang gak Q..tak pe sabar je lah..janji sampai ke Pulau Nami..Yahooo!!!

Pi beli tiket dulu 8000won...naik boat cruise ke Nami Island.

Boat cruise tu lebih kurang 15 min jer...Yes!!! nampak tak bendera Malaysia dok berkibar-kibar tu...Bangga la juga kan!! Saya anak Malaysia!!! Malaysia tanah air ku.


Selain jenjalan kat sini, Uols boleh naik train nie...pusing2 Nami.


Amboi! Bukan main lagi yer... Pulau Nami banyak  meninggalkan  kenangan  manis untuk weols.Tapi biarlah rahsia weols yer!!! Hik3...Ada juga tugu Junsang and Yoojin kat sini.


Kat sini pun ada Hotel tau...so uols boleh overnight kat sini.
Weols sewa basikal untuk pusing2 pulau nie...harga seperti diatas yer.

Ewah! Ewah! Sempat lagi posing sakan kat 'First Kiss.' Riang ria weols di Pulau Nami, kat sini antara lokasi utama pengambaran drama cinta "Winter Sonata".


Sambil jalan2, boleh nampak rabbit2 liar berkeliaran kat sini...

Jom lunch dulu...tapi agak lewat dah...Apa yang weols makan tu ek? Yang penting halal...


Tapokki (yang bersos tu), Pajeon (yang macam lempeng tu) dan yang macam sushi tu ialah Kimbab. (isinya seafod tau)

Then, lepas weosl lunch kat Nami, sempat lagi weols pusing2 sambil posing sana sini berphotoshoot...bila hari pun dah agak petang. So weols pun bergerak ke Seoul semula. Penat tapi enjoy sangat tau...


Merenung masa depan...hik3

Sebelum balik ke hotel, weols singgah dinner kat Itaewon untuk menjamah makanan Halal...Petra Place menjadi pilihan. Hidangan makanan Arab seperti Chicken Kebab Plater sauce, Falafel berharga 10,000 Kwon. Owner restoran nie dari Jordan.

So uols kalau dah sampai Korea, jangan lupa datang ke sini okay...pasti menggamit memori. Jumpa lagi di entri seterusnya...Tunggu !



sumber dari: cik-anne.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment