Jika anda berkesempatan bercuti ke Seoul Korea pastikan anda pergi ke Han River (Sungai Han) yang merupakan sungai keempat terpanjang di Semenanjung Korea. Sungai Han ini sepanjang 514km, walaupun merupakan sungai keempat terpanjang disini tetapi pemandangannya cukup indah sambil menaiki Cruise yang sangat cantik. Untuk menaiki Cruise (Hangang River Ferry Cruise) anda perlu ke Yeouido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul jika menaiki kenderaan atau bagi yang ingin menaiki Subway boleh cari Yeouinaru Station (Subway Line 5), Sincheon Station (Subway Line 2 ) atau Ttukseomnyuwonji Station (Subway Line7). Kalau sesat jangan segan silu tanya orang sekeliling ya..
Tiket untuk menaiki River Cruise ini adalah 15,000 won (RM40). Bagi yang nak relex dan release tension tu memang sesuailah naik Cruise ni sambil hirup udara nyaman di Seoul ni kan.. Cruise ni dua tingkat bawah ada aircond dan atas pulak free air .. tapi kat sini tak lah panas sangat dan kalau pergi waktu musim sejuk tu memang menggigil lah..
Kalau bernasib baik boleh tengok Winter Migratory Bird terbang. Memang syok habislah.. tengok video kat bawah ni.. memang aku bersyukur sangat dapat lihat ciptaan Allah yang sempurna dan sangat cantik ni..
Selain menaiki Cruise, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan disini. Bagi yang berminat bolehlah berbasikal menyusuri denai sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Bagi yang suka bersantai boleh bersantai di dataran yang luas. Aku tengok ramai anak-anak muda Korean yang datang sini untuk dating tau.. uhuhu siap peluk-peluk, cium-cium lagi.. kalau bernasib tak baik boleh tengok free show lagi diorang beromen kat sini hihi..
Riadah berbasikal..
Merehatkan minda
Bestkan?.. bukan senang nak tengok Winter Migration Bird ni tau.. burung-burung tu datang sebab musim sejuk je pastu bila tiba musim panas diorang berhijrah ke tempat lain pulak.. so kalau datang ke sini jangan lepaskan peluang keemasan tengok burung tu ye..
sumber dari: mohdzaid.com/
No comments:
Post a Comment