Dengan Bismillah dan Selamat
Sejahtera,
Tips Buat Rumah Terbuka sempena
Hari Raya yang ingin saya kongsi ini berdasarkan pengalaman kali pertama
saya buat majlis rumah terbuka dan ianya sangat berguna kepada pembaca yang juga
baru ingin membuatnya pada raya kali ini.
Seingat saya kali pertama saya mengadakan majlis rumah terbuka ialah pada raya kali pertama di rumah baru kami. Masa tu hanya menjemput saudara mara sekitar Kuala Lumpur.Ketika itu ada lebih kurang tujuh keluarga yang datang bertandang atas jemputan kami. Memandangkan ianya majlis rumah terbuka kami yang pertama, maka ada juga dua tiga perkara yang kami terlepas pandang misalnya pilihan menu yang terlalu pelbagai, penyediaan air minuman yang kurang sesuai dan keselesaan tetamu untuk beramah mesra.
Seingat saya kali pertama saya mengadakan majlis rumah terbuka ialah pada raya kali pertama di rumah baru kami. Masa tu hanya menjemput saudara mara sekitar Kuala Lumpur.Ketika itu ada lebih kurang tujuh keluarga yang datang bertandang atas jemputan kami. Memandangkan ianya majlis rumah terbuka kami yang pertama, maka ada juga dua tiga perkara yang kami terlepas pandang misalnya pilihan menu yang terlalu pelbagai, penyediaan air minuman yang kurang sesuai dan keselesaan tetamu untuk beramah mesra.
Niat Bersedekah dan Erat
Silaturrahim
Jadi, kali ini saya ingin
kongsikan beberapa tips kepada sesiapa yang ingin buat rumah terbuka sempena
Hari Raya pada tahun ini. Apa yang penting ialah niat mengadakan majlis
rumah terbuka itu ialah bersedekah menjamu sanak saudara dan rakan taulan di
samping mempererat hubungan silaturrahim.
Tips Buat Rumah Terbuka Hari
Raya
1. Bajet yang berpatutan dan
sederhana
Kalau ikutkan, rumah terbuka tidak
perlu pada hari raya. Ia jadi trend terutamanya kepada masyarakat kota kerana
kebanyakan warga kota sudah mula bekerja pada raya keempat atau kelima. Maka
untuk meraikan teman sekerja atau jiran tetangga, maka mengadakan rumah terbuka
pada hari cuti dan membolehkan mereka semua berkumpul dan berkunjung pada satu
masa merupakan langkah bijak pada masa ini.
Sebelum fikir menu atau masa untuk
buat rumah terbuka, fikir dulu bajet anda. Bajet ini termasuk kos belanja
makanan, bilangan tetamu yang diundang, termasuk juga peralatan menyediakan
makanan, duit raya yang ingin diberi ( jika mahu ) dan tempat (jika ingin
menyewa ). Bajet akan lebih besar jika tetamu yang diundang lebih
ramai.
2. Pilih Menu Yang Mempunyai
Set Lengkap
Ini juga satu langkah bijak dan
penting. Kalau anda perasan, caterer juga biasa tawarkan hidangan set lengkap
jika anda panggil mereka untuk majlis perkahwinan, cukur jambul atau majlis hari
lahir anak.Pilih hidangan set lengkap seperti nasi ayam, nasi tomato, atau nasi
beriyani.Kemudian pencuci mulut dan kuih-muih bagi menyemarakkan suasana Aidil
Fitri.
3. Tetapkan Masa Berkunjung
Yang Sesuai
Masa sangat penting bagi meraikan
tetamu yang datang berkunjung. Sebaiknya pilih waktu dimana semua orang boleh
datang dengan selesa dan tidak terburu-buru. Misalnya waktu antara 12 tengahari
hingga 5 petang antara waktu sesuai tetamu datang berkunjung.
Jika tetamu yang diundang
melibatkan pelbagai golongan contohnya ada rakan anak-anak, teman sekerja suami
atau isteri, maka tentukan masa mengikut golongan tetamu ini. Ia jadi mudah bagi
kita meraikan setiap tetamu yang hadir.
4.Pilihan Tempat yang Selesa
dan Sesuai
Kebanyakan orang bandar mempunyai
masalah ini jika ingin mengadakan majlis rumah terbuka. Terutamanya bagi mereka
yang mendiami kawasan rumah taman, pangsapuri, apartment dan kondominium.
Alternatif jika ingin buat rumah terbuka ialah sama ada buat di Dewan Komuniti,
rumah kelab atau taman. Pun masih ada risiko dan sedikit masalah seperti
pembuangan sampah, penyediaan peralatan dan faktor cuaca.
Namun begitu, lebih seronok jika
dapat buat rumah terbuka di rumah sendiri kan? Kalau begitu, pastikan anda kemas
perabot seperti sofa, meja makan dan perabot lain yang berkaitan supaya ruang
tamu lebih luas dan selesa untuk tetamu beramah mesra.
5.Penuhi Keperluan
Tetamu
Tips ini juga penting jika anda
ingin buat rumah terbuka sempena Hari Raya.Kadangkala ada kalangan tetamu yang
datang berkunjung memerlukan tandas, tempat solat dan menukar lampin anak.Maka
pastikan juga semua keperluan ini dapat anda penuhi.Selain itu, sediakan juga
air minuman mineral atau air masak jika ada tetamu yang tidak mengemari minuman
manis.
Penutup : Hargai Tetamu
Anda
Tips Buat Rumah Terbuka sempena
Hari Raya yang saya kongsikan ini merupakan saranan yang boleh anda
pertimbangkan sebelum mengadakan majlis rumah terbuka hari raya. Apa yang
penting jika anda berhasrat mengadakan rumah terbuka pada hari raya nanti, ialah
hargai setiap tetamu yang datang berkunjung ke teratak anda. Tidak bermakna dan
berseri majlis anda jika tetamu yang datang berkunjung tidak diraikan dengan
setulus hati.
Selamat meraikan Syawal, semoga
Aidil Fitri menjadi ruang dan peluang terbaik bagi kita menyebarkan ukhwah dan
mempererat silaturrahim.
sumber dari: ping.busuk.org
No comments:
Post a Comment