Pages

Saturday, 24 August 2013

Rumah Terbuka




Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri


Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri atau sinonim dengan “Open House” memang menjadi kemestian bila tibanya Hari Raya. Masa ni tak payah susah-susah nak masak dirumah mesti ada je jemputan rumah terbuka. Tidak terkecuali juga saya, penuh dengan jemputan.
Itulah istimewanya Hari Raya Aidilfitri, hari yang meriah, berwarna-warni, penuh dengan juadah. Yang sudah berkeluarga mesti warna pakaian sedondon kan.
Saling bersalaman dan bermaafan walaupun mungkin ada antara tetamu jemputan yang kita tidak kenal. Disamping tu dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

Dahulu dan Sekarang

Dulu masa muda-muda (sekarang ni muda lagi tapi umur dah naik meningkat sikit je but still maintain chewahh) Saya ni susah sikit nak berjalan raya bila arwah mak saya ajak especially ke rumah saudara mara kerana saya lebih suka duduk tunggu di rumah saja. Jangan haraplah saya nak ikut tapi sejak arwah mak meninggal, perubahan berlaku pada diri saya setiap kali ahli keluarga ajak pergi rumah terbuka atau melawat saudara mara, saya mesti ikut serta.
Kebaikkan yang saya dapat saya mula mengenal rapat saudara mara, mak cik pak cik  dan anak-anak saudara yang tidak pernah saya  kenali dulu. Ramai betul saudara mara saya dan baru tahu yang saya ni dah ada cucu rupanya hehehe.
Bila fikirkan balik kenapalah dari dulu saya tak buat macam tu. Bila arwah mak dah meninggal baru nak berubah, ada rasa menyesal yang teramat sangat sebab kalau arwah ada mesti lagi seronok sebab arwah mak ni kiranya macam nenek diaorang juga sebab semua yang tua-tua dah meninggal dunia. Boleh dikatakan semua rapat dan sayang betul dengan arwah, maklumlah ketika arwah hidup tu sajelah satu-satu nenek diaorang yang tinggal. Bila arwah dah tak ada kamilah penyambung generasi supaya tidak putus tali persaudaraan.

Mengeratkan Silaturrahim

Pentingnya kita mengenali saudara mara kita, janganlah  bila jumpa diluar berlanggar bahu sampai tak kenal saudara sendiri. Alhamdulillah cepat saya berubah kalau tidak sampai bila-bila saya tidak kenal saudara mara sendiri.
Bukan sahaja pada hari-hari perayaan saja kita melawat saudara mara, sekiranya ada masa terluang atau ada yang sakit atau uzur luangkan masa ziarah menziarahi. Tidak rugi sesen pun kita eratkan lagi tali persaudaraan, jangan sampai akibat perbuatan kita yang tidak mengendahkan saudara mara sendiri kita hidup tanpa kenal dan tahu asal usul kita. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya… Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang menjemput saya ke Rumah terbuka Aidilfitri mereka, saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya doakan moga anda semua panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin…

Biar Renggang Di Fana Dunia, Biar Hina Di Mata Manusia,

Biar Semangat semakin Tua, Biar Akal Semakin Berusia,

Jangan Tergadai Silaturrahim kita

Salam Aidilfitri



sumber dari: akmaomar.com

No comments:

Post a Comment