Pages

Friday, 2 August 2013

Solat Itu Merehatkan Jom Kita Solat




Solat Itu Merehatkan Jom Kita Solat


Kita sememangnya sentiasa sibuk dan akhirnya berasa penat dengan kehidupan seharian. Ada pelbagai cara yang kita gunakan untuk melegakan kepenatan iaitu dengan cara berehat. Ada antara kita yang berehat dengan bersantai ditaman, bersukan, lepak dengan kawan, menonton televisyen, membeli belah atau ada yang tidur sahaja.

Sebenarnya ada cara luar biasa untuk berehat dan rileks. Cara ini sebenarnya telah dipelopori oleh Rasulullah s.a.w. Inilah gaya terbaik yang ditunjukkan oleh baginda. Rasulullah selalu lari daripada dunia yang memenatkan dengan menunaikan solat. Sebab itulah apabila baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan, baginda akan berkias; “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
Solat mampu menyediakan satu cetusan baru kepada Muslim. Usai solat, hati akan terasa lain setelah dicas semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding Allah Yang Maha Besar malah penat mula meminggir. Jom kita bersolat!


sumber dari: puteraduyong.com

No comments:

Post a Comment