Pages

Friday 2 August 2013

TATKALA SIBUK KEJAR LAILATUL QADAR




tatkala sibuk kejar lailatul qadar


tatkala sibuk kejar lailatul qadar
ada yang awal tertewas
lantaran letihnya puasa
semua dibedal waktu berbuka
sendat perut penuh terisi
ayam golek nasi briyani
air kelapa cendol pulut
jadilah ular sawa
berlingkar di tilam empuk
tatkala sibuk kejar lailatul qadar
ada yang awal tertewas
lantaran penat berniaga
mahu kejar murah rezeki
yang terhidang di bazar ramadhan
sibuk mengira untung pendapatan
terawih berlalu tiada pedulikan
rezeki masyuk lebih utamakan
tatkala sibuk kejar lailatul qadar
ada yang awal tertewas
lantaran sibuk buat persiapan
mahu gah beraya sakan
berpusu-pusu di pasaraya pilihan
tiada peduli lagi lailatul qadar
lebih utamakan lailatul kamdar
tawaf di situ berjam-jam
sari pahala tiada endahkan
tatkala sibuk kejar lailatul qadar
ramai tertewas rupanya…


sumber dari: puteraduyong.com

No comments:

Post a Comment