1. Ia bertujuan untuk mengagungkan bulan Ramadhan keseluruhannya supaya manusia beribadah kepada Allah S.W.T. bukan memilih kepada malam-malam tertentu. Samalah keadannya apabila Allah S.W.T. menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan hamba kepadaNya agar hamba tersebut melakukan semua ketaatan demi mendapatkan redha tuhannya.
2. Mengajar manusia supaya bersungguh dalam mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T. dalam malam-malam yang ditempuhi di bulan Ramadhan. Hal ini kerana mereka tidak mengetahui malam Lailatul Qadar yang sebenar, yang seterusnya akan meningkatkan semangat mereka dalam melaksanakan ibadah dalam bulan ini pada setiap malam.
3. Menambah ganjaran disebabkan sikap bersungguh yang ada dalam mendapatkan malam tersebut selain ganjaran ibadah yang dilakukan. Hal ini berbeza dengan ibadah yang dikerjakan tanpa kesungguhan disebabkan telah mengetahui malam manakah berlakunya Lailatul Qadar.
Kelebihannya : Hadis Nabi S.A.W. :
من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
(Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu).Antara Amalan Yang Digalakkan :
1. Berdoa :
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
Ertinya : Ya Allah, Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Mulia. Engkau sememangnya suka mengampunkan (kesalahan) maka ampunilah aku.2. I’tikaf pada 10 malam yang terakhir, moga-moga ia akan diperolehi pada salah satu daripadanya.
3. Memperbanyakkan ibadah seperti solat-solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Antara Petanda Malam Lailatul Qadar : Malamnya tenang, tidak panas atau sejuk dan lautan tidak bergelora. Juga suara anjing menyalak tidak kedengaran dan apabila tiba keesokan harinya sinaran matahari kurang memancarkan cahayanya seolah-olah keadaan pagi tersebut seperti berkabus.
*Digalakkan apabila seseorang melihat petanda ini pada pagi keesokan harinya untuk memperbanyakkan doa dan ibadah sepertimana pada malam harinya.
sumber dari: wanfauzi.com
No comments:
Post a Comment