Banyak negara mengawal umur yang seseorang boleh kahwin. (Sila lihat
umur layak berkahwin.) Masyarakat-masyarakat selalu mengenakan sekatan terhadap perkahwinan dengan
saudara, walaupun tahap hubungan larangan berbeza-beza secara meluas. Dalam hampir semua masyarakat, perkahwinan antara adik-beradik dilarangkan, dengan keluarga raja
Mesir kuno,
Hawaii, dan
Inka merupakan kekecualian yang amat jarang. Dalam banyak masyarakat, perkahwinan antara
pupu-silang nasab-ibu disukai, sedangkan pada keterlaluan yang lain,
Gereja Katolik Zaman Pertengahan melarangkan perkahwinan saudara sepupu jauh juga. Pada hari ini, Gereja Katolik masih memeliharakan jarak piawaian untuk perkahwinan (dari segi
kesedarahan dan
kesemendaan).
Dalam komuniti
Hindu India, khususnya
kasta Brahmin, perkahwinan dengan
Gotra yang sama dilarangkan kerana orang-orang yang mempunyai Gotra yang sama dikatakan mempunyai keturunan patrilineal yang sama. Di India kuno ketika
Gurukul masih wujud,
syisya-syisya (murid-murid) dinasihatkan supaya jangan berkahwin antara satu sama lain disebabkan
syisya-syisya dianggap sebagai anak-anak Guru dan oleh itu, dianggap sebagai perkahwinan antara adik beradik (walau terdapat kekecualian seperti anak
Arjuna, Abhimanyu, yang berkahwin dengan Uttra, murid tarian Arjuna dalam mahakarya
Mahabharata).
Banyak masyarakat juga mengamalkan sekatan-sekatan yang lain terhadap siapakah yang boleh dikahwini, umpamanya larangan tentang perkahwinan dengan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama, atau orang yang mempunyai
zodiak yang sama. Umpamanya di
Korea Selatan, perkahwinan antara orang-orang yang mempunyai nama keluarga yang sama masih dianggap sebagai satu kepantangan pada hari ini. Nama keluarga yang paling biasa ialah "Kim" (hampir 15%). Bagaimanapun, terdapat banyak cabang (atau suku, atau keluarga turun-temurun) bagi nama keluarga "Kim", serupa dengan semua nama keluarga di Korea. Hanya perkahwinan dalam cabang yang sama tidak dibenarkan. Oleh itu, terdapat banyak pasangan "Kim-Kim" yang berkahwin dengan satu sama lain.
Ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai
eksogami. Satu kekecualian untuk pola ini ialah di Mesir kuno di mana perkahwinan antara adik-beradik dalam keluarga diraja dibenarkan — seperti di Hawaii dan antara orang Inka; hak istimewa ini tidak diberikan kepada orang biasa dan mungkin bertindak untuk menumpukan kekayaan dan kuasa dalam sebuah keluarga (lihat juga
inses). Akibat kepantangan inses ialah eksogami, iaitu keperluan untuk berkahwin dengan orang daripada kelompok yang lain. Oleh itu, ahli antropologi menunjukkan bahawa kepantangan inses mungkin bertindak untuk mempromosikan perpaduan sosial.
Masyarakat-masyarakat kekadang juga mengenakan perkahwinan dalam sesuatu kelompok. Ahli-ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai
endogami. Salah satu daripada sekatan ini ialah keperluan untuk berkahwin dengan seorang dalam
puak yang sama. Undang-undang
rasisme yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat pada zaman dahulu — seperti era
Nazisme Jerman, era
aparteid Afrika Selatan, dan kebanyakan Amerika Syarikat selatan dan
Utah sebelum
1967 — melarangkan perkahwinan antara orang-orang daripada bangsa yang berbeza (
pengmisegenasisan) boleh dianggap juga sebagai contoh-contoh endogami.
Budaya-budaya yang mengamalkan
pengabdian memberikan pengakuan kepada perkahwinan abdi tetapi tidak memberikan mereka status undang-undang. Ini merupakan amalan di bawah
empayar Rom dan oleh itu, wanita bebas Perpetua dalam karya
Perbuatan-perbuatan Perpetua dan Felicitas boleh diperihalkan sebagai "wanita berkahwin", tetapi Felicitas hanya dianggap sebagai "pembantu" Revocatus, walaupun orang-orang Kristian menganggap bahawa perkahwinan-perkahwinan itu adalah sah dari segi agama. Serupa juga, perkahwinan abdi di Amerika Syarikat adalah tidak sah. Oleh itu, banyak orang kontraban yang melarikan diri daripada pengabdian semasa
Perang Saudara Amerika mencari taraf rasmi untuk perkahwinan mereka. Antara hak yang membezakan perhambaan (
bahasa Inggeris:
serfom) daripada pengabdian (bahasa Inggeris:
slavery) adalah hak untuk memperoleh perkahwinan yang sah dari segi undang-undang.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.
terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.