Berjaya jua kita menjejakkan kaki kita ke pertengahan fasa ke-3 dalam bulan ramadhan al-mubaraq ini. Seperti yang kita sedia tahu, ramdahan adalah bulan ibadah . Berdasarakan hadis, tiada ada 1 bulan yang didalamnya Nabi S.A.W memenuhinya dengan ibadah kecuali dalam bulan ramadhan.
Terdapat banyak pendapat yang disuarakan mengenai LAILATUL QADR, tetapi antara pendapat yang masyhur adalah pada malam2 ganjil pada 10 malam terakhir.
Suasana yang kita acap kali terlihat dalam masyarakat kita pada masa kini, masjid dan surau hanya menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang telah berusia, tetapi dimanakah golongan belia dan remaja. Apa yang lebih mendukacitakan, bilangan mereka yang meramaikan rumah Allah dalam bulan ramadhan ini saban hari kian susut bilangannya. Ramai yang ada pada awalnya, sederhana yang ada pada pertengahannya dan hanya sedikit yang tinggal hingga ke akhirnya.
Jika kita lihat Nabi S.A.W dahulu akan menghabiskan ramadhannya dengan ibadah, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir. Hatta ada riwayat yang menyatakan Nabi S.A.W akan mengikat perut baginda dengan kain untuk nabi beri’tikaf di masjid bagi mengelakkan perasaan lapar dan mendatangi isterinya. Nabi akan berqiamullail sepanjang malam pada fasa 10 malam terakhir dan nabi jua akan mengejutkan ahli keluarganya untuk qiam bersama. Ibadah yang Nabi lakukan hingga bengkak kakinya. Pernah ‘Aisyah bertanya pada nabi S.A.W ‘mengapa engkau beribadah hingga sedemikian rupa, bukankah ALLAH telah mengampunkan dosa-dosamu sama ada yang telah berlaku atau yang akan berlaku?’ , lalu Nabi S.A.W menjawab “ bukankah aku dikalangan hambanya yang bersyukur?”. SUBHANALLAH , jika Nabi S.A.W yang telah dijanjikan syurga beribadah kepada ALLAH hingga demikian rupa, adakah kita ini yang ibadah tidaklah seberapa, adakah layak syurga itu untuk kit?? Renungkanlah…..
Jika dahulu nabi S.A.W dan para sahabat beribdah dengan sebanyak-banyaknya dalam bulan ramadhan dan merasa sedih tatkala ramadhan meninggalkan pergi dan berlalu, tetapi kita pada masa kini beribadah pun tidak seberapa dan merasa lebih gembira tatkala Hari Raya dmenjelang tiba, tidak ada sekelumit pun rasa sedih mahupun hiba tatkala ramadhan pergi meninggalkan kita.. Walhal kita lebih sibuk untuk membuat persiapan raya yang berlebihan bagi menghadapi raya hingga sanggup meninggalkan amalan sunah mahupun fardhu khususnya pada malam-malam terakhir yang mana ada padanya LAILTUL QADR.. Dan sejauh mana penhyatan yang ada bulan ramadhan yang telah kita laksanakan akan berterusan, adakah kita hanya beribadah dalam bulan ramadhan atau pun untuk sepanjang hayat kita???
ADAKAH KITA HAMBA KEPADA RAMADHAN SAHAJA ATAUPUN HAMBA KEPADA ALLAH???
RENUNGKANLAH FIRMAN ALLAH S.W.T :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ“MUDAHA2AN KAMU BERTAQWA”, mengapa ALLAH meletakkan MUDAH-MUDAHAN?? Kenapa tidak ‘AGAR KAMU BERTAQWA’ .. Kerna ALLAH lebih tahu siapa kita, hanya segelintir sahaja yang istiqamah dalam beribadah sama ada yang sunah, apatah lagi yang wajib.. semoga kita menjadi HAMBA ALLAH, bukannya HAMBA RAMDHAN SAHAJA.. insya allah..=)
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa”
(Al -Baqarah:183)
sumber dari: madahannan.wordpress.com
No comments:
Post a Comment