Pages

Thursday, 18 July 2013

membuat hati seorg Ibu remuk...






Ibu sedang bersedih... sedih kerana mendgr berita yg melibatkan kehilangan nyawa anak2 yg baru mula mengenal dunia.. jiwa dan hati Ibu luluh melihat berita berkaitan kejadian2 yg menyayat hati.. dan pastinya membuat hati seorg Ibu remuk... 

Kita yg melihat tentu akan terus menyalahkan si Ibu... tp tahukah kita semua apa perasaan sebenar Ibu dlm situasi begini... xada seorg Ibu pun dlm dunia yg mahu kejadian ini terjd, kita boleh anggap Ibunya cuai mungkin... tp sedarkah kita, bahawa seorg Ibu sebenarnya xpernah cuai dlm menjaga zuriat setelah anak itu dikandung dan dipelihara dlm rahim seorg Ibu selama 9 bulan... 

Ketahuilah, semua ini adalah ketentuan Allah swt dan kita perlu yakin, Allah swt sudah tetapkan ajal maut seseorg itu sejak rohnya dihidupkan didlm rahim Ibunya.. percayalah semua yg terjadi ada hikmahnya... Allah swt sembunyikan hikmah tersebut agar kita semua yg sering terleka ini mencari dan mengambil ikhtibar dengannya... bukan untuk menyalahi sesama... 

Ya, memang benar, inilah salah satu ujian terbesar untuk kita sebagai ibu & ayah... memang sukar untuk mempercayainya 'mengapa kita?' Tetapi percayalah kita diberi ujian olehNya kerana DIA percaya kita mampu mendepani ujian ini. Redha dan bersabarlah dan rasa bertuahlah... kerana anak kita terpilih menjadi salah seorg ahli Syurga Allah swt... Ahli syurga yang dikasihi Allah itu telah menjanjikan sesuatu yg manis serta indah buat Ibu & Bapanya kelak... Wallahu'alam.. Allahhuakhbar... :'(

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan (rujuk kitab untuk matan penuh, ni sudah diringkas), salah satu yang dikatakan Rasulullah SAW kepada kaum wanita adalah, “Tidak ada salah seorang wanita di antara anda semua yang tiga anaknya meninggal dunia, melainkan anak itu akan menjadi penghalang antara dirinya dan neraka.”

Seorang wanita berkata, “Dua orang anak juga?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, dua orang anak juga.” (HR Bukhari & Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang memiliki dua anak kecil yang meninggal terlebih dahulu, maka ia akan masuk syurga dengan keduanya.” Aisyah bertanya, “Demi ayahku, bagaimanakah hukumnya jika ia hanya memiliki satu anak kecil? (Apakah ia juga akan mendapatkan pahala sedemikian)?”

Rasulullah SAW menjawab, “Begitu juga yang memiliki satu anak kecil. Wanita yang diberi taufik dalam kebajikan.” Aisyah bertanya lagi, “Bagaimana dengan yang tidak memiliki satu pun anak kecil?” Rasulullah SAW menjawab, “Aku seperti anak kecil yang meninggal dunia dan memberikan syafaat kepada umatku yang tidak ditimpa musibah seperti diriku.” (HR Al-Tirmidhi)

Takziah buat semua keluarga yang kehilangan anak-anak kecil. Dari kes2 menyayat hati Nurin Jazlin hinggalah ke arwah Dirang. Tahniah, anak-anak anda menanti di Syurga. bersabarlah. Syurga jua menanti orang-orang yang sabar.

“Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.”


sumber dari: suhainisaperan.com

No comments:

Post a Comment