Rasulullah berkata:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 3277]
Terdapat dua golongan manusia dalam berhadapan bulan Ramadhan.
Golongan Pertama adalah golongan yang merasa gembira dengan kehadiran bulan Ramadhan . Mereka sentiasa bersedia untuk bertemu dengan Ramadhan, bahkan mereka merasa tidak sabar untuk memasukinya. Doa sentiasa dipanjatkan untuk sampai ke bulan yang dirindui. Bulan yang agung, bulan yang mulia. Supaya mereka boleh melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dengan penuh barakah yang dipunyai oleh Ramadhan. Mereka ini adalah golongan yang mengikuti jejak Rasulullah ﷺ dan Salaf as-Soleh dari kalangan sahabat dan tabiin.
Rasulullah ﷺ telah berdoa agar berjaya sampai ke bulan Ramadhan, apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah ﷺ berdoa :
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان
Ya Allah.. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami dengan Ramadhan.
[Rekod Musnad Ahmad: 2346][1]
Begitu juga, Rasulullah ﷺ memberi galakkan kepada para sahabat untuk menanti dan mengharapkan kehadiran Ramadhan. Baginda menyebut-nyebutkan kelebihan bulan Ramadhan yang menimbulkan kerinduan para sahabat terhadap bulan yang mulia itu.
Rasulullah ﷺ pernah bercerita:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُون لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ.
Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar: ar-Rayyan. Orang akan berpuasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorangpun melainkan mereka sahaja.Dipanggil : ‘Siapakah orang yang berpuasa?’
Lalu orang yang berpuasapun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 1896]
Abdul Aziz bin Marwan pula berkata:
Adalah umat Islam berdoa ketika hadirnya bulan Ramadhan:
اللهم قد أظلنا شهر رمضان و حضر فسلم لنا و سلمناله ، وارزقنا صيامه و قيامه ، و ارزقنا فيه الجد و الاجتهاد و النشاط و أعذنا من الفتن
Ya Allah, kami telah di naungi oleh bulan Ramadhan, dan ia hadir lalu ia menyambut kami dan kami menyambutnya, kurniakanlah kami puasanya dan qiyamnya, kurniakanlah kami pada bulan ramadhan dengan sifat pemurah dan bersungguh-sungguh bergiat dalamnya, dan jauhilah kami dari huru hara.Oleh itu, para Salaf as-Soleh berdoa selama enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan. Sungguh hebat kerinduan mereka terhadap Ramadhan. Antara doa mereka adalah:
اللهم سلمني إلى رمضان و سلم لي رمضان و تسلمه مني متقبلا
Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.Manakala, Golongan kedua pula mempunyai ragam yang amat berbeza. Mereka tidak bergembira dengan ketibaan Ramadhan, bahkan tidak bersedia menanti kehadiran Ramadhan. Apabila tiba bulan Ramadhan, mereka berpuasa dan ada juga dikalangan mereka yang Qiyam. Namun ia hanyalah amalan sementara. Mereka membilang hari-hari yang telah berlalu, lantas bergembira dengan perkara itu. Mereka menjadikan bulan Ramadhan seolah tetamu yang tidak dijemput, mereka menanti berlalu bulan tersebut, Hari Raya seumpama hari kemerdekaan buat mereka!
Hari-hari yang berlalu di bulan Ramadhan dirasakan begitu lambat dan perlahan. Hari pertama berpuasa dirasakan seolah telah berpuasa sebulan penuh. Setelah berbuka mereka membilang kalender lalu berkata: Ramadhan berbaki seminggu, sehari dan esok!
Tuntasnya, marilah kita berdoa semoga kita termasuk dalam golongan yang bergembira dengan kehadiran Ramadhan. Supaya kita dapat berpuasa dan qiyam pada bulan tersebut dengan penuh keyakinan, keikhlasan dan ketaqwaan sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat radhiallahu anhum . Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang soleh. Amin.
Rasulullah ﷺ berkata:
لو يعلم العباد ما رمضان لتمنت أمتي أن يكون السنة كلها
Sekiranya hamba mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan, pastinya umat aku akan bercita-cita supaya sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan.
[Rekod Sahih Ibnu Khuzaimah: 1886]
sumber dari: aljazary.blogspot.com
No comments:
Post a Comment