Jikalau kucing tidur di atas ikat kepala, terbus, kopiah atau topi, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh harta.
* Jikalau kucing masuk ke dalam ikat kepala, kupluk, terbus atau topi sehingga badannya tidak kelihatan, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat keuntungan daripada pendita atau raja.
* Jikalau kucing berada di sudut rumah sekian lama dan tidak berniat pergi, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat kiriman barang yang menyenangkan atau menerima keuntungan.
* Jikalau kucing tidur nyenyak di atas baju, alamatnya ada orang akan datang membawa barang.
* Jikalau kucing duduk dengan kedua-dua kakinya di belakang sedangkan dua kaki hadapannya berdiri tegak, sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti menyembah, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh ampun dan kurnia daripada Tuhan yang maha kuasa.
* Jikalau kucing selalu mengguling-gulingkan punggungnya di tanah atau rumput, alamatnya ada orang yang sedang cuba melakukan kejahatan pada tuannya.
* Jikalau kucing mengasah kukunya di dalam rumah, tuan rumah harus awas kerana ada orang yang akan melakukan rompakan di rumah itu.
INI YANG SEBETULNYA..He3
Kucing akan menunjukkan reaksi mereka melalui gerakan badan. Antaranya, telinga, ekor dan muka. Kalau korang tengok ekor kucing tu tengah kembang, jangan la pulak korang hepi nak ambil kucing tu sebab ingat kucing tu kucing parsi. Padahal kucing tu baru lepas gaduh, kalau korang pegang…..habis la. Jom tengok contoh gerakan-gerakan ni
sumber dari: loyatfikir.blogspot.com
No comments:
Post a Comment