Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Walaupun demikian, biarpun kematian itu tidak boleh diramalkan, namun semua orang faham semakin lanjut umur seseorang, bererti semakin pendeklah kadar hayat kerana setiap orang itu mempunyai ketetapan umur. Biar dalam keadaan apa sekalipun, pesakit perlu diberi harapan. Sebuah hadis daripada Abu Said alKhudri r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Apabila kamu semua mengunjungi pesakit, hiburkanlah dia dengan lanjut umur. Memang hiburan itu tidak menolak ketentuan Allah sedikit pun, dan sebaliknya menyenangkan hatinya - Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.
Rasulullah s.a.w. juga meminta agar dibacakan Yasin di sisi orang yang hampir mati:
Bacalah Surah Yasin di sisi orang yang menghadapi mati di kalangan kamu - Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.
Surah Yasin dibaca tidak semestinya kerana ajal seseorang itu telah hampir, tetapi ia dibaca agar orang yang berada dalam keadaan tenat itu disembuhkan Allah s.w.t. andainya nyawanya masih panjang, ataupun diambil nyawanya dalam keadaan tenang sekiranya ajalnya telah hampir, kerana Surah Yasin itu dibaca menurut niat pembacanya.
sumber dari: suhainisaperan.com
No comments:
Post a Comment