Salam Ramadhan buat semua,
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk beramal di dalam Ramadhan yang mulia. Kini kita sudah pun berada di fasa terakhir Ramadhan. Jadi, bagaimanakah dengan amalan-amalan kita setakat ini?
Di kesempatan Ramadhan yang ada ini, marilah kita sama-sama merebut peluang dalam melipat gandakan amal kita dan lebih membiasakan diri kita dalam bertilawah, tadarus, tarawih, sahur, witir dan qiam. Dan di dalam sepuluh malam terakhir ini, di anugerahkan bagi kita malam Lailatul Qadar, satu malam yang paling istimewa yang di tunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah swt.
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar”
(Al-Qadr:1-5).
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)
Ayuh! Bersama tingkatkan amal dalam mencari berkat dan redha ilahi.
sumber dari: duniadeen.com
No comments:
Post a Comment