بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Rasulullah ﷺ menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa haiwan kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Maka mengapakah Rasulullah ﷺ yang buta huruf, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
1. Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
2. Pada permukaan lidah kucing dilapisi dengan berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
3. Lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membersihkan dan membuang sisa-sisa bulu mati yang luruh di badannya.
.
.
Penyelidikan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan komposisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut diambil contoh melalui usapan. Turut diambil cairan khas yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian tertentu.
.
Hasil yang didapati adalah:- Hasil yang diuji dari kulit luar kucing tenyata tiada berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
- Jika dilihat dari perbandingan cecair yang diambil dari dinding mulut kucing yang berkuman memberikan hasil sekitar 80% negatif.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
- Sekalipun ada kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu tergolong dalam kumpulan kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terhad seperti enterobacter, streptococcus dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
- Tidak ditemui kumpulan kuman yang pelbagai.
- Pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil penyelidikan makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
.
.
Hasil Penelitian Para Doktor- Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
- Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing.
- Dr. Gen Gustafsirl juga mendapati bahawa kuman pada manusia adalah 1/4 anjing dan kuman pada kucing 1/2 manusia.
- Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
- Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, lopak hujan, dll)
- Kucing juga ia sangat menjaga kestabilan dan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak menghampiri tempat berair.
- Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Subhanallaah! Menurut Islam, inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dicuci dan disamak dengan 7 bilasan air suci termasuk salah satunya dengan air tanah.
Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di makmal penyelidikan haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan ia lebih bersih dari manusia. Ramai dari pembaca yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah toxoplasma hanya disebabkan oleh kucing.
.
.
Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada ketika itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan di rumah).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda ﷺ berkata, “Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bekas. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas air. Melihat itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.
Nabi ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda ﷺ menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur.
Datanglah pula seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah ﷺ berwuduk dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badannya, peluhnya, bekas dari sisa makanannya adalah suci. Air liurnya bersih dan membersihkan serta hidupnya lebih bersih daripada manusia.
Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah ﷺ yang buta baca-tulis tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad ﷺ sejak 1500 tahun yang lalu. Mungkin ini jugalah mengapa Rasulullah ﷺ sangat sayang kepada Muezza, kucing kesayangan Baginda.
sumber dari: shafiqolbu.wordpress.com
No comments:
Post a Comment