Pages

Saturday, 8 June 2013

Penggunaan Dinar Emas Dalam Perkahwinan



Penggunaan dinar emas dalam perkahwinan adalah lebih digalakkan kerana:
  • Dinar ialah matawang Islam yang digunakan sejak zaman para Nabi.
  • Penggunaan dinar adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Mempunyai kenaikan nilai dalam jangka masa panjang.
  • Dapat menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Dapat menaikkan lagi martabat matawang Islam.
  • Setiap dinar emas mempunyai tulisan Jawi di atasnya yang melambangkan dinar sebagai matawang Islam.
dinar emas Dinar Emas Untuk Perkahwinan
Dinar Emas

Dinar emas yang digunakan semasa berkahwin insyaAllah akan meningkat nilainya pada tahun-tahun akan datang. Sebagai contoh perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan mas kahwin 3 dinar emas berharga RM2,220. Sekarang ni harganya mungkin masih sebanyak tu. Tahun-tahun akan datang harganya bukan lagi RM2,220 tapi akan meningkat kerana purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 30% setahun.

Wang kertas boleh meningkat nilai macam tu? Makin susut nilai ada la. Ditambah pula dengan harga barang naik, kejap minyak pulak naik harga, lepas tu harga tol pulak naik. Duit yang kita kumpul lama-lama jadi semakin kurang nilai dan tak cukup untuk tampung belanja kenaikan harga semua tu.


sumber dari: anarm.net


No comments:

Post a Comment