“Rasulullah s.a.w telah bersabda katanya:
“Aku menghitung perkara-perkara menjelang hari kiamat” – Hadith Sahih Bukhari.
Baginda menyebutkan antaranya ialah:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
- Perkara ni dah jadi dah… depan mata.. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00 malam @ Al Jazeera.
2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” – Hadith Sahih Muslim.
- Perkara ni dah jadi dah. Depan mata juga. Kat mana mana ada perkara macam ni. Dah tak tahu malu lagi. Kalau Nabi Muhammad masih hidup, pasti Baginda sedih melihat kejadian ini. Sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.
3) Bermaharajalela alat muzik.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?”
Baginda menjawab:
“Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah.
- Perkara ni dah jadi dah. Depan mata .Paling senang nak jumpa depan televisyen. Adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah… dan pelbagai lagi… ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan Nasrani dan Yahudi.
4) Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
- Memang dah nampak dah… tak payah tengok kat luar negara. Kat Malaysia ni pun ada. Masjid cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. Tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat Jumaat tak nak diperluaskan lagi masjid tu. Biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjid mana paling canggih… cantik.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’ – Riwayat Ahmad dan Hakim.
- Ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu. Ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela. Bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi. Maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
- Boleh kira berapa jer para Ulama’ yg tinggal. Kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan Islam atau sekadar tempelan batuk di tangga. Ada juga yang menjadi mangsa “pemerintah”.
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani.
- George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.
8 ) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya Hari Kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja” – Riwayat Ahmad.
- Jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa. Apalagi kalau tinggal di kondo.
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:
“Di antara tanda-tanda telah Hari Kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita yang mana apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
- Fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.). Pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar. Ini siap tunjuk kat orang.. Nak tunjukkan betapa besar “lurah aku”, betapa besar pinggul aku”, betapa ramping badan ku… betapa ‘flat’ perut ku ……. etc…
MasyaAllah.
Kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. Apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.
10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya Hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit” – Riwayat Thabrani.
- Tak caya gi tengok. Atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. Pasti mereka tahu!!!
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya. Kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim.
- Siaran TV, akhbar-akhbar harian dan majalah-majalah yg popular skarang nie. Gossip… macam macam kan?
12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya Hari Kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – -Riwayat Ahmad.
- Tengok kes peperangan di Gaza. Soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya tau buat tak tahu jek.
13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai’ – Sahih Muslim.
sumber dari: rohaizad.com
No comments:
Post a Comment