Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Thursday, 6 June 2013
Pendedahan merupakan faktor ketiga yang membina perkembangan kebijaksanaan
INGAT,
Pendedahan merupakan faktor ketiga yang membina perkembangan kebijaksanaan anakkita selain dari makanan dan jagaan kita semasa anakkita dalam kandungan lagi.
Kita harus menyediakan satu suasana dalam rumah kita di mana ia boleh memberangsangkan keinginan anakkita untuk belajar membaca seperti Mini perpustakaan di rumah kita dan kita juga harus mempunyai tabiat suka membaca pada diri sendiri sebelum kita mengajar anakkita kerana ia akan memudahkan proses pengajaran kita dan ia juga tidak akan menghalang perhatian anakkita kepada buku ataupun sesuatu pembacaan kerana anakkita sentiasa di kelilingi oleh buku pada setiap masa dan mereka melihat kita menggunakannya selalu.
Ini secara tidak langsung akan memberi satu gambaran kepada anakkita bahawa buku adalah satu benda yang biasa ada di rumah kita seperti meja makan,kerusi atau tv,Lama kelamaan perkara ini akan menjadi satu kebiasaan kepada anakkita dan apabila mereka mula pergi ke alam persekolahan dan belajar sesuatu menggunakan buku ,Mereka tidak akan merasa gelisah atau takut dengannya sama seperti TV di rumah kita di mana ia menjadi satu kebiasaan kepada kita semua kerana TV itu berada di depan mata kita sejak lahir.
sumber dari: anakkita.com.my
Labels:
anak-anak kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment