Pages

Thursday 6 June 2013

Bertuahnya sesiapa yang masih mempunyai bapa






Bertuahnya sesiapa yang masih mempunyai bapa….sayangilah beliau, kasihilah dan hormatilah beliau…
Saya tidak pernah mengenali bapa tercinta….beliau meninggal ketika saya berumur dua tahun lebih akibat demam panas…..

Dulu saya sering menangisi diri terutama apabila melihat ayah kawan-kawan saya…..huh..
Allah gantikan sekejap Wan saya dengan bapa mertua yang begitu baik dan mengambil berat mengenai saya. Itupun Allah pinjamkan sekejap sahaja kerana beliau meninggal dunia 4 tahun selepas saya berkahwin. Teringat kembali bagaimana beliau akan siap menyediakan semua makanan kegemaran saya jika saya balik kampung….tulang lembu, perut muda, buah-buahan…macam-macam lagi….huh I really miss him..Al-Fatihah untuk beliau.

Father figure dalam hidup saya yang sebenarnya ialah abang saya yang nombor tiga….
beliaulah yang mengambil berat mengenai saya dari kecil hinggalah sekarang, menjadi wali pernikahan saya dan yang tidak pernah menolak sebarang permintaan saya. Terima kasih.....
Allah tidak pernah membiarkan saya seorang diri. Alhamdulillah.....

Beruntunglah anak-anak saudara kerana dianugerahi ayah seperti abang saya….
Saya menerima seadanya segala perancangan Allah…ujian kehilangan ayah ini sangat kecil berbanding dengan orang lain….dalam susah-susah saya, Allah menjaga saya sehingga menjadi saya seperti hari ini….apa lagi yang perlu saya sesalkan…. I’ve no complaint.

Alhamdulillah.


sumber dari: wanzafalis.wordpress.com

No comments:

Post a Comment