Al-Quran.. Kalam suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diriwayatkan, membaca setiap huruf yang terdapat di dalam Al-Quran adalah merupakan Ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. Aku masih ingat lagi ajaran Ustaz Kamaruddin time aku bersekolah rendah dulu. Tapi sekarang rasa macam dah semakin kurang kedengaran bacaan Al-Quran dalam komuniti umat manusia. Yang jelas kedengaran hanya pada hari-hari dan bulan-bulan tertentu je terutamanya di bulan Ramadhan dan ketika adanya kematian. Sedangkan pada hari-hari biasa, manusia sibuk dengan urusan dunia. Astagfirullahal’Azim..
Bagi masyarakat Malaysia, rasanya sejak dari kecil lagi kita dah didedahkan dengan ilmu bacaan al-Quran melalui pelbagai kaedah bacaan seperti Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya. Namun, bila kita semakin meningkat usia, minat untuk mendalami Ilmu Tajwid ni semakin berkurangan. Ada yang fikir ilmu bacaan al-Quran ini tidak mendatangkan kemajuan kepada diri, dan terlalu sibuk mengejar urusan dunia sehingga tiada masa untuk mengamalkan bacaan al-Quran.
Fenomena malas membaca al-Quran ni memang dah menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ni lebih memilih hidup yang terpinggir dari didikan al-Quran. Lebih suka berBlog, berFacebook, berTwitter, 24 jam mengadap laptop dan internet. Kenapa ini berlaku? Siapa yang perlu disalahkan? Adakah generasi terdahulu salah asuhan? Apakah kesan dan kesudahan fenomena ini?
Al-Quran sekarang ni sekadar jadi hiasan je kat rumah-rumah. Paling teruk al-Quran disimpan di dalam stor, terbiar hingga berhabuk. Bagi cik tikus dan cik lipas baca ke apa? Ish ish ish.. Kadang-kadang aku rindukan saat-saat ketika abah aku ajar aku baca al-Quran. Lepas solat Maghrib memang wajib duduk depan abah aku, baca al-Quran. Takde alasan nak lari ke apa ke. Kalau tak, rotan hinggap kat badan. Pedih.. Pedih.. Siap nangis-nangis lagi tu sebab malas mengaji. Hehe.. Sekarang ni aku dah mula rindukan saat tu.
Korang ada dengar tak bacaan surah al-Fatihah yang aku sertakan dalam entri tentang Allahyarham Achik Spin? Sedap kan dengar orang tu baca? Bacaan surah al-Fatihah tu aku ambil daripada sebuah laman web yang menyediakan aplikasi membaca al-Quran secara online iaitu Quran Explorer. Online! Menarik! Jom baca al-Quran secara online!
sumber dari: anarm.net
No comments:
Post a Comment