Pages

Thursday, 6 June 2013

bakti yang boleh dilakukan kepada ibubapa




old parent


Setiap anak wajib dan mentaati ibubapa demi untuk membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.
Ajaran Islam meletakkan ibubapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibubapa.
Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibubapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

1)     Memberi nafkah- Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak lagi dapat meletakkan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun bekerja , tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibubapa. Sumbangan itu tidak seberapa , berbanding yang dibelanjakan ibubapa untuk membesar dan mendidik anak.

2)     Menyediakan tempat tinggal- Dalam kes ibubapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai didiami, adalah menjadi tanggungjawab kita menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibubapa. Paling baik ibubapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3)     Memberi kasih sayang- Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibubapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibubapa. Anak-anak soleh sentiasa memohon kepada Allah swt agar ibubapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

4)       Memberi perhatian – Ibubapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan.
Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibubapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibubapa perlu disemai, dibaja serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita.

Kes anak yang membuang ibubapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibubapa sendiri. Banyak ibubapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah-rumah orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tiak mampu menjaga ibubapa , sedangkan , ibubapa mampu menjaga dan membersarkan anak-anak .


sumber dari: arab-families.com

No comments:

Post a Comment