Pages

Thursday, 6 June 2013

Kini dia telah pergi selama-lamanya




Cooking Tips


Ketika tiada orang mahukan ku…dia membuka tangannya…
Ketika orang lain melupakan ku…dia menyediakan tempat berteduh untukku..
Ketika tiada siapa mengingatiku…dia memastikan perutku tidak pernah kosong…
Ketika setiap sakit peningku…tangannya yang menggosok dahiku…
Ketika orang lain tidak mempedulikanku….suara dan lirik matanya mengajar dan menegurku…
Setiap hari raya…pasti tersedia sepasang baju untukku….
Dia juga yang menjunjung sebesen pisang….menghantarku mengaji…sehingga lancar dan fasih sebutanku…
Setiap kali pulang dari sekolah..ku tegaskan di sini…..setiap kali…..telah tersedia hidangan di bawah besen putih untukku…
Air tangannya hidangan paling enak pernah ku rasa…aahhhh
Terlalu banyak kenangan manis bersamanya…..
Kini dia telah pergi selama-lamanya…Mok…


sumber dari: wanzafalis.wordpress.com

No comments:

Post a Comment