Pages

Thursday 2 August 2012

tarikh nuzul Al-Quran






Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.


Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.
Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. 


Ia terbahagi kepada dua tahap utama:


Pertama: 


Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.


Kedua: 


Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.



Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan ( Nuzul )? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?
Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama’ Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian. 




sumber dari: abuanasmadani.com

No comments:

Post a Comment