Pages

Thursday 30 August 2012

isu logo hari kemerdekaan 2012



merdeka 2012 logo


Logo Kemerdekaan Malaysia ke-55 2012 ini menjadi isu rakyat yang tidak puas hati dengan rekaannya yang sangat simple dan hanya boleh dilakukan menggunakan Microsoft Office. Tak sampai 5 minit pun boleh siap.


Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.

Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.

Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.


Ramai mengatakan dimana kekreativiti graphic designer yang ditugaskan membuat logo merdeka tahun ini? Atau adakah tawaran yang beliau terima sama dengan rekaannya itu?


sumber dari: wangerrard.com

No comments:

Post a Comment