Pages

Saturday 25 August 2012

kucing maine coon



KucingMaineCoon1 Info Kucing Maine Coon



Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Kucing ini dikenali dengan jenis baka yang besar keranan berat badan kucing jantan boleh mencapai 10kg.

Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama negara bahagian di USA, Maine. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Yang ada hanya dongeng dan mitos sahaja.


Sebuah cerita mengenai seorang ratu perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Captain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjang tersebut di dalam kapalnya. Walapunbagaimanapun, dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wiscasset, Maine.

Jenis kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan saja beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Maine Coon juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihan dan mendengar benda yang jauh.


Secara am ciri-ciri kucing Maine Coon adalah seperti berikut:
  • Badan besar dan panjang
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Mata lebar dan oval
  • Teling besar (lebar di bawah)
  • Dahi melengkung
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
  • Ekor panjang dan lebar
  • bulunya tebal dan tahan air
Kucing Maine Coon mempunyai sifat kucing yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Berbeza dengan kucing parsi yang kerjanya tidur je…



sumber dari: kucing.my

No comments:

Post a Comment