Pages

Saturday 11 August 2012

dalam kedukaan di perantauan






Berhariraya di perantauan kadangkala ianya amat memilukan perasaan. Apa tidaknya segala keindahan berhariraya bersama ibubapa,adik beradik dan sanak saudara terpaksa diharungi dengan linangan air mata.

Namun di sebalik kedukaan itu pasti ada penawarnya. Ketiadaan orang yang tersayang bukanlah penghalang untuk kita bersukaria dan berhariraya bersama rakan-rakan dan taulan malah berhariraya diperantauan lebih seronok dan meninggalkan kenangan yang paling manis.

Selain daripada itu pelbagai pengalaman baru dapat ditimba bila berhariraya di negeri orang. Kalau di Jordan, solat aidil Fitri atau Aidil Adha diadakan di kawasan lapang dan para jamaah diminta membawa sejadah sendiri. Seandainya pada hari itu hujan turun ataupun cuaca terlalu sejuk maka masjidlah menjadi pilihan yang kedua.

Kebiasaannya selepas solat raya kami akan serbu dulu rumah- rumah pelajar yang dah berkeluarga. Dah dekat penghujung raya barulah kami syabab- syabab anjurkan rumah terbuka. Nak cari ketupat dan lemang di sini memang tak akan jumpa.Antara menu utama hariraya di perantauan adalah laksa dari specati dan nasi Bukhara.

Kenangan hariraya di Sweileh. Penempatan terakhir saya, isteri dan Luqmanulhakim sebelum pulang ke tanahair.

Gema takbir hari raya di perantauan amat berbeza sekali dengan di Malaysia. Kalau di tanah air takbir hariraya dialunkan dengan suara yang mendayu-dayu, penuh perasaan dan sedih namun di Jordan ianya tidak berlaku. Takbir hariraya di sini dengan penuh semangat juang, laju dan tidak meleret.

Bagi masyarakat di sini hariraya merupakan hari kemenangan dan bersukaria dan tidak memerlukan alunan takbir yang menyentuh perasaan hati. Sebab tulah takbir di sini agak rancak sedikit.

Saya pernah ditegur oleh jiran kerana cuba memperdengarkan takbir Malaysia kat Jordan. Kalau bunyi tu setakat dalam rumah je takpe lah. Ini tidak saja je pasang kuat-kuat dan speaker radio dihalakan ke luar menghadap ke jalanraya.



sumber dari: abunusaircty.blogspot.com

No comments:

Post a Comment