Pages

Tuesday 28 August 2012

ulam awet mudo





Aku rasa ramai di kalangan kita tak berapa gemar makan ulam-ulaman ni. Pahit..kelat dan kata adik aku udah cam kambing meragut rumput jer kalu tengok aku tengah memulun ulam.

Ulam ni sekali korang tengok cam makanan orang kampung jer tapi sebenarnya banyak khasiat yang korang tak tahu.
Ulam ni sebenarnya mengandungi kalsium, fosforus, besi, natrium dan kalium. Fuyohh!! cam tak caye kann....caye lah yer. Nidari kajian dan sumber yang benar.Contohnya jering Ulam jering ni ada sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan.

Petai tu aku leh masuk lagi tapi jering atau kerdas ni Mak Jemah mintak ampun..memang tak makan...tak lalu bau nyer wehhh..Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

Berikut ada ler sket info yang leh aku share bersama.

Asma
1 Bangun-Bangun
2 Peria Katak
3 Terung Telunjuk
4 Terung

Barah
1 Jarum Tujuh Bilah (Bintang Tujuh)

Batuk
1 Bangun-Bangun
2 Limau Kasturi
3 Terung Telunjuk
4 Terung
5 Lemuni Hitam

Bau Badan
1 Limau Purut

Bengkak
1 Salang

Beri-beri
1 Keremek

Bersih Darah
1. Ulam Raja


Bronkitis
1 Bangun-Bangun
2 Limau Kasturi

Buang Angin
1 Bangun-Bangun
2 Pudina

Cacing
1 Terong Belanda

Tapi yang pasti amalan memakan ulam-ulaman ni..kata omak den, awet mudo!
Tu yang den suker tu...


sumber dari: diaryhanie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment