Pages

Thursday 30 August 2012

ulam -berkhasiat tetapi merbahaya





KHASIAT ulam tidak dapat dinafikan lagi, memberi banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas, selain sering kali dikaitkan sebagai 'tangkal' awet muda. Justeru, tidak hairanlah jika amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat negara ini terutama Melayu, sejak turun temurun. Realitinya, apabila makan ulam anda sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan dan melewatkan penuaan.


Ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah, juga boleh didapati dalam bentuk buah dan di makan seperti salad, boleh dipelbagaikan dengan resipi enak dan biasanya diambil dengan nasi. Umumnya tidak mendatangkan keburukan sekiranya dimakan setiap hari kerana tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain.


Walau pun berkhasiat, pakar pemakanan tetap menasihatkan pengambilan ulam perlu berpada-pada kerana kebanyakan didapati mengandungi tahap kalium yang tinggi.

Kalium adalah sejenis mineral semula jadi dalam makanan dan berperanan penting bagi aktiviti normal untuk otot dan saraf terutama jantung. Bagaimanapun, sesetengah individu, pengambilan kalium berlebihan boleh memudaratkan jika terlampau tinggi kandungan dalam darah.

Kandungan kalium dalam darah meningkat boleh memberi risiko khususnya kepada penghidap buah pinggang. Jika buah pinggang rosak menyebabkan badan tidak berupaya mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperti hiperkalemia mudah terjadi.

Harus juga diingat, ulam yang dimakan dengan sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan setiap hari dan berlebih-lebihan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi. 



sumber dari: cthoney.blogspot.com

No comments:

Post a Comment