Pages

Friday 10 August 2012

sambutan aidilfitri di Tanta






TANTA, 10 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) Cawangan Tanta telah menganjurkan sambutan aidilfitri peringkat muhafazah (kawasan) Tanta di Darul Rasyid, Siberbay, Tanta, sempena kedatangan 1 Syawal yang penuh bermakna.

Majlis ini bertujuan merayakan hari kemenangan dan kebesaran umat Islam di samping menzahirkan kegembiraan bersama masyarakat mahasiswa Melayu di Tanta. Ia juga bertujuan merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan mahasiswa serta sebagai medium untuk bertemu dan bermaafan sesama mereka.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis, saudara Ariff Ariffin. Dalam mukadimah beliau, beliau menyebutkan tiga rasa yang perlu dirasai oleh para hadirin, iaitu rasa sedih kerana perginya Ramadhan, rasa gembira dengan kedatangan Syawal, dan rasa kenyang selepas menjamah makanan. Seterusnya para hadirin didengarkan bacaan ayat suci Al-Quran sekitar surah Al-Fath, yang dibacakan oleh saudara Ridzwan Mazaki.

Majlis seterusnya menjemput Pemangku Ketua Perhubungan ISMA Tanta, saudara Ahmad Syamil untuk memberikan sedikit ucapan. Dalam ucapannya, beliau menyentuh beberapa aspek penting yang perlu dirasai oleh mahasiswa sempena kedatangan Syawal yang penuh barakah ini. Ia termasuk kepentingan ikatan kemanusiaan dari pandangan Islam, dan hakikat kemenangan yang kita mahukan.
“Hari raya kita adalah hari di mana Al-Quds dibebaskan, hari di mana Islam tertegak di muka bumi ini, dan segalanya bermula daripada jihad kita melawan nafsu kita hingga ia seiring dengan kehendak syarak”, ujarnya.

Majlis ditutup dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh Ketua Chef, saudara Ishak Azmin. Bilangan hadirin yang memeriahkan majlis kira-kira 60 orang. Para tetamu telah dihiburkan oleh kumpulan Teorem Pythagoras dengan membawa lagu raya klasik dan nasyid-nasyid berkisar perantauan.

Jamuan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi itu berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada solat Jumaat, dan diteruskan sehingga selepas Isyak. Jamuan berakhir pada pukul 10.30 malam.


sumber dari: ismamesir.com

No comments:

Post a Comment