Pages

Friday 31 August 2012

twitter kemerdekaan 2012






Pagi tadi Dataran Merdeka meriah dengan upacara perbarisan 13,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55.

Sesiapa yang turut bersama-sama dalam upacara pagi tadi tentu mempunyai pengalaman tersendiri kerana acara seperti ini sangat bermakna buat rakyat Malaysia.

Namun jangan bimbang, jika ada yang tidak sempat untuk turut serta, malam ini terdapat sebuah lagi majlis bagi menyambut kemerdekaan.
Ia bakal diadakan di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, bermula seawal 6 petang sehingga lewat malam.
Lebih istemewa apabila Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah melancarkan satu program ucapan @TwtUpMerdeka dengan hash tag #Merdeka55 di Twitter.

Tweet Merdeka dibuat bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag #Merdeka55

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter boleh menyertai acara ini.
Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagi yang sudah mendaftar pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

Walaupun tiada sambutan ambang merdeka secara rasmi di lokasi utama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka, namun ia diganti dengan acara malam ini.
Dengan percikan bunga api dan acara kibarkan Jalur Gemilang, ia pasti meriah.

Ayuh sama-sama kita datang untuk turut serta dalam Sambutan Kemerdekaan Ke 55 pada malam ini!



sumber dari: tunfaisal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment