Pages

Saturday 11 August 2012

zakat fitrah suatu kewajipan





Selain ibadah puasa yang disyariatkan di bulan ini, terdapat satu ibadah lagi yang tidak boleh kita ambil ringan iaitu zakat fitrah.

Kewajipan menunaikan zakat fitrah sudah pasti mempunyai hikmah dan kelebihan tersendiri kepada umat Islam khususnya.

Zakat Fitrah adalah kewajipan yang dikenakan ke atas setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan yang mencukupi bagi dirinya dan juga tanggungannya di Aidilfitri. Kewajipan zakat fitrah terhadap setiap muslim dinyatakan oleh saidina Umar RA berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


" Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum "   ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).


Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Said Al-Khudry bermaksud :

" Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering. "


sumber dari: memoirhati.blogspot.com

No comments:

Post a Comment