Pages

Friday 10 August 2012

solat hari raya di JICA




solat hari raya aidilfitri di dewan JICA 2006

Beraya di perantauan adalah satu pengalaman yang sangat beharga. Solat hari raya yang biasanya diisi takbir raya ala Malaysia yang mendayu-dayu tidak kedengaran tetapi bunyinya lebih tegas dan bersemangat.

Solat hari raya tetap didirikan di sini. Tempatnya berubah-ubah. Kadangkala di sebuah dewan di JICA (Japan International Cooperation Agency) di bandar Higashi Hiroshima yang terletak agak jauh dari kediaman pelajar-pelajar universiti. Perlu menaiki kereta untuk ke sana. Ada kalanya menempah dewan dalam universiti, dan pernah juga di tahun pertama saya di sana, solat Hari Raya Aidiladha terpaksa didirikan di perkarangan blok universiti memandangkan tiada tempat boleh digunakan kerana Hari Raya pada tahun itu jatuh pada hari cuti umum.


sumber dari: informasi.my

No comments:

Post a Comment