Pages

Wednesday 8 August 2012

ramalan puasa n raya 2012






KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Ahad 19 Ogos.

Jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.

Bagaimanapun, seorang penyelidik di sebuah pusat Ilmu Falak di sebuah universiti di utara tanah air menegaskan, tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri masih tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Menurutnya, pada 29 Syaaban 1433H bersamaan 19 Julai, kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan tidak lebih lapan jam sebelum ijtimak.
"Dengan kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1433 Hijrah jatuh pada 21 Julai 2012," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.



sumber dari: bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment