Pages

Thursday 5 June 2014

Syiah Bangkit Di Kedah







Baru-baru ini media di utara Semenanjung kecoh apabila sebuah perhimpunan besar-besaran telah dianjurkan oleh sekumpulan pengikut fahaman Syiah di Pendang, Kedah, dan menimbulkan kerisauan masyarakat setempat.

Menurut sumber, himpunan tersebut berlangsung di Kampung Alor Berala dan diketuai oleh seorang individu, Abdullah Hassan, yang mengaku sebagai Ketua Syiah Kedah sebelum ini.

Abdullah Hasan beberapa kali mencabar Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bertindak ke atas mereka dan pernah membuat laporan polis terhadap Mufti Kedah, Dato' Syeikh Muhammad Baderuddin Ahmad atas dakwaan memburuk-burukkan gerakan fahaman itu.

Selain itu, baru-baru ini Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim), Abdullah Din mendakwa bahawa terdapat seorang bekas pegawai agama MAIK yang aktif mengamalkan fahaman Syiah di negeri tersebut.

Sebagaimana maklum, kira-kira tiga bulan selepas mengambil alih Kerajaan Negeri, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir telah mengumumkan perlaksanaan undang-undang baru, pindaan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah yang menjurus kepada pembasmian ajaran sesat, khususnya Syiah.

Mukhriz dipuji ramai pihak atas tindakannya dan dengan pindaan enakmen anti-Syiah tersebut, maka pihak berkuasa akan diberi kuasa untuk bertindak mengikut saluran undang-undang sewajarnya terhadap golongan yang difatwakan songsang itu.

Nah! Kini adalah masa terbaik bagi pihak berkuasa berkenaan hal ehwal agama Islam di Kedah, khususnya MAIK untuk bertindak terhadap golongan Syiah yang sebelum ini bebas mengamalkan fahaman sesat itu dan mampu memesongkan akidah ramai umat Islam yang lain.

Rakyat Kedah sebetulnya sedang menunggu tindakan dari pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan Negeri Kedah untuk bertindak terhadap kumpulan Syiah di Pendang mengikut saluran undang-undang yang telah diluluskan sebelum ini.

Mungkin sebelum ini pihak MAIK tidak punya kuasa untuk bertindak mengikut lunas undang-undang jenayah Syariah, namun selepas diberi kuasa untuk bertindak, harapan rakyat Kedah untuk melihat Syiah berkubur di negeri itu cukup tinggi.

Persoalannya, berapa ramai pengikut Syiah di Kedah yang telah diambil tindakan oleh MAIK?



sumber dari: kedahnews.com/

No comments:

Post a Comment