Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.
semoga sentiasa bahagia dalam kesejahteraan. senyum-senyum selalu, semoga hari
anda lebih ceria seindah sinar suria. hehe..
Seperti yang tertera pada tajuk entry ini, asada si jejaka kacak akan berkongsi cerita tentang piramid dan sphinx di Egypt. beliau bukanlah ahli arkeologi yang pakar. bukan juga pengkaji sejarah. tapi mahu juga berkongsi sedikit pengetahuan tentang kewujudan piramid.
gambar
: asada si pengkaji tiada gaji berlatarbelakangkan 3 piramid di Giza.
Piramid merupakan tarikan utama pelancong ke
Egypt dan merupakan salah satu binaan purba yang masih kukuh sehingga hari ini.
terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan
piramid menkaure. terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar
piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.
Piramid Khufu atau piramid Cheops[dalam bahasa Greek] merupakan piramid tertua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza. Dipercayai dibina sebagai kubur firaun Khufu dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan sekitar 2560BC. piramid ini menjadi binaan ciptaan manusia tertinggi selama lebih 3800 tahun iaitu setinggi 138.75 meter. lepas tu muncul la Lincoln Catheral di England memintas ketinggian piramid ni. hehe..

Peta
kompleks piramid di Giza [gambar dari google]
Piramid kedua dibina pada pemerintahan firaun
Khafre [anak firaun Khufu] yang diberi nama piramid Khafre[pyramid of Khafre].
kalau tengok dalam gambar cam piramid Khafre ni lebih tinggi kan. sebabnya ia
dibina pada paras tanah 10 meter lebih tinggi daripada piramid lain. tinggi
sebenar hanya 136.4 meter.
Piramid ketiga dan terkecil dinamakan piramid menkaure [pyramid of Menkaure]. dibina pada pemerintahan firaun menkaure setinggi 66 meter dan keluasan tapak ialah 108 x 108meter. sebuah keranda batu yang cantik dipercayai milik firaun menkaure dijumpai tertanam sedalam 16 inci di bawah tapak piramid ini. malangnya pada 13 oktober 1838, keranda itu tenggelam di laut semasa pemindahannya ke England. yang ada di British Museum sekarang ni hanyalah keranda yang berbentuk seperti manusia. huhu..

: asada (yang hensem kat tengah) di depan pyramid of Khafre.
Binaan lain yang terdapat di kompleks piramid
ini adalah patung sphinx. para pengkaji sejarah Egypt percaya ia dibina sekitar
2555BC ke 2532BC. namun ada yang berselisih pendapat pasal bila benda ni dibuat
samada sebelum atau selepas pemerintahan firaun Khafre. Great Sphinx of Giza
merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia.
wallaweh!
gambar
: asada (yang macho di sebelah kanan) di depan Temple of The Sphinx.
Lagi satu, hidung dan janggut sphinx ni dah
takde. ada cerita mulut ke mulut orang arab egypt dan ditulis oleh Al-Maqrizi
[ahli sejarah egypt] dalam bukunya mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr datang
mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan
hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan
hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan
vandalisme.
sumber dari: 100penulis.com/
No comments:
Post a Comment