Pages

Sunday 8 June 2014

Pelajar Iran datang Malaysia sebar Syiah




Portal Islam dan Melayu



Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail mendakwa kebanyakkan pelancong dan pelajar dari Iran datang ke Malaysia adalah untuk menyebarkan ajaran sesat Syiah.

“Antara mereka, bukan datang untuk tujuan belajar semata-mata tetapi ingin menyebarkan kefahaman mereka yang terseleweng kepada masyarakat Malaysia.
“Sehinggakan akhirnya muncullah tokoh-tokoh Syiah dalam kalangan orang Melayu kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah, ahli jawatan kuasa masjid dan Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan baru-baru ini.

Tegasnya, ajaran Syiah perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.
Apatah lagi apabila mereka sangat licik untuk merosakkan akidah umat Islam. Doktrin mereka sahaja sudah menyesatkan.

Antaranya ialah mereka menganggap imam-imam atau ayatollah mereka bersifat maksum, mengkafirkan para sahabat nabi, menyelewengkan al-Quran, nikah mut’ah atau nikah kontrak yang menghancurkan keturunan nabi Adam as, bersikap taqiyah iaitu melakukan pembohongan, dan mengatakan ahli sunnah wal jamaah sesat.

Dalam pada itu Ustaz Mohammad turut mendedahkan tentang pihak Comango yang menuntut hak kebebasan manusia menurut kacamata barat supaya dilaksanakan di Malaysia.
“Dan salah satu tuntutan tersebut termasuklah penyebaran ajaran syiah secara bebas dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia,” katanya.

Antara daerah yang terlibat dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ ini ialah Tawau, Semporna, Sandakan dan Kinabatangan.

Program bermula dari Masjid al-Khautar Tawau, diikuti Masjid Ar-Rahman Semporna, Masjid Nurussyakirin Taman Indah Jaya Batu 4 Sandakan, Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan dan akhir sekali di Masjid Derah Kinabatangan.



sumber dari: ismaweb.net/

No comments:

Post a Comment