Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Saturday, 7 June 2014
berkahwin secara kontrak
Satu lagi kelonggaran dalam fahaman Syiah yang disukai oleh kelompok kedua ini yang terpedaya dengan doktrin Syiah ialah amalan kahwin mut’ah atau kahwin kontrak sedangkan Nabi s.a.w. sudah melarang amalan kahwin muta’ah sebelum beliau wafat.
Di dalam amalan Syiah, lelaki dan perempuan boleh berkahwin secara kontrak untuk tempoh tertentu, dan kemudian perkahwinan itu tamat dan batal selepas tempoh tamat. Tempoh kahwin kontrak ini tiada had. Ia boleh berlaku sejam, dua jam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, dua tahun dan apa sahaja tempoh yang dipersetujui bersama.
Inilah amalan yang disukai oleh orang Sunni yang tidak ada asas agama atau tidak kuat pegangan asas agama mereka. Akhirnya mereka terjerumus dalam amalan kahwin muta’ah ini yang lebih banyak merugikan wanita dari sudut zuriat, kebajikan, keselamatan, harta, dan kesihatan wanita itu sendiri. Sesetengah pihak melihat amalan kahwin muta’ah ini seperti suatu bentuk “pelacuran halal yang dipersetujui bersama”.
sumber dari: albangi.wordpress.com/
Labels:
syiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment