Pages

Monday, 2 December 2013

sejarah syiah -wikipedia




Syiah


Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam selain daripada Sunni. Secara umum, Syi'ah menolak kepemimpinan daripada tiga khalifah sunni pertama seperti juga sunni menolak Imam daripada Imam Syi'ah.[1] Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka.[2]

Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir.

Terdapat dua pendapat jelas tentang terhasilnya aliran Syiah.[3] Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali RA dan Muawiyah RA. Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala pengikut Muawiyah pula Sunnah wal Jamaah. Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih cenderung kepada Ali RA.
Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan Syiah setelah kematian Husain bin Ali RA.[3] Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti. Namun, mereka mengkhianati beliau dan menyebabkan beliau terbunuh di Karbala.
Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain menghukum kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.
Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut 10 Muharram sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.[4]

Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang masih bermazhab Sunni.

Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.

Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa Malaysia.[5] Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.



sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment