Pages

Friday, 6 December 2013

bukan sahaja semata-mata ibadat






Walaupun Ibadah ini Sunat hukumnya namun apabila dihayati sedalam-dalamnya, ia bukan sahaja semata-mata ibadat malah jauh di sudut sanubari ia adalah satu kewajiban yang patut kita tunaikan dan laksanakan jika mampu.

Ini kerana apabila sudah termampu serba-serbi dalam keperluan kehidupan kadangkala kita terlalai diatas perkara-perkara yang diwajibkan dan juga kadang-kala kita termelakukan perkara-perkara dosa yang kita tidak sedari dalam percakapan kita, pergaulan kita, pekerjaan kita, makan-minum kita, tidur bangun kita, perjalanan kita, perbuatan kita dan sebagainya

Kita juga kadang-kadang menjadi sakit kepala, demam, lemah badan, fikiran tidak tenang, bimbang, takut dan lebih-lebih lagi sekarang ini kita dilanda pelbagai penyakit dalam senyap seperti lemah jantung, penat, kencing manis dsbnya tentu kita tertanya kenapa manusia pada hari ini mudah ditimpa bencana. Apakah ini hukuman Allah keatas manusia yang lalai dalam ibadat dan ibadah, permakanan, pergaulan sos i a l , kepercayaan kepada Allah dan amalan agama sebagai mana yang dituntut kepada Allah.
serta ketamakan terhadap harta benda dan kekayaan wang ringgit.

Justeru dari segi saintifiknya kita mungkin mendapat jawapan kerana kita tidak menjaga permakanan dan kesihatan kita, tidak bersedekah jariah, tidak membayar zakat, tidak beretika dsbnya.

Tapi pada sudut metafora, pada sudut kerohanian, pada sudut roh kita adakah kita menunaikan dengan sempurna keperluan ibadah kita sebagaimana yang dituntut atau oleh kerana kita kurang memahami banyak perkara kadangkala mendorong kita melarikan diri dari menunaikan ibadah dan ibadat kepada Allah. Kita tahu apabila berlaku ketidakseimbangan amalan kita maka sudah tentu struktur keruhanian, fizikal, alam sos i a l dan dunia kita sudah tentulah tidak sempurna. Terbitlah tabiat-tabiat tertentu yang tidak terduga.

Maka atas banyak perkara yang tidak kita ketahui ini, kita diserapi rasa ketidak tentuan sejauhmana afdal amalan kita. Allah telah memberi peluang kepada kita melalui momohon doa dan bermunajat kepadanya, mengunjungi Baitullah, bersedekah jariah dsbnya.

Lebih afdal kepada yang mampu dapat mengunjungi Baitullah kerana disini adalah paksi peribadatan langsung dengan Allah Taala untuk membersihkan kekaburan dosa, pemulihan kesihatan, perluasan rezeki dan jaminan keredaan Allah Taala.

Disamping itu Umrah juga:
1. Menyegarkan penghayatan terhadap asal kewujudan kita manusia
2. Menyedarkan pentingnya ibadah dan kepatuhan hukum Allah keatas manusia
3. Menyedarkan betapa kepercayaan kepada Allah ini adalah dibina dengan sebaik-baiknya, selembutnya melalui Rasul-Rasul Allah sejak dari Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Nabi Muhamad s.a.w
4. Melihat bukti-bukti sebenar kejadian-kejadian dalam membina kepercayaan kepada Allah
- Makan Nabi Adam a.s dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan dari syurga.
- Pada satu penjuru Kaabah terletak batu yang diturunkan Allah dari syurga yang asalnya putih bersih kini berwarna hitam
- Tempat pertemuan Nabi Adam dengan Siti Hawa setelah berpisah selama 200 tahun dan perkampungan awal manusia.
- Air Zam-zam dari salah sebuah anak sungai dari syurga
- Tempat Iblis direjam kerana mengadu domba dan menyesatkan manusia

5. - Melihat sendiri makam nabi pewaris agama Allah
- Makam Nabi Ibrahim a.s dll
- Makam Nabi Muhamad s.a.w di Madinah
- Masjid Pertama didunia
- Masjid dua kiblat

Demikianlah betapa kehebatan dalam ibadat Umrah untuk meyakinkan ibadah kita dalam rukun hidup Islam yang sebenar. Penghayatan ini sudah tentulah memberikan manafaat yang besar terhadap jiwaraga dan kehidpan sos i a l kiata yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya.



sumber dari: melayu.com

No comments:

Post a Comment