Pages

Monday, 2 December 2013

pandangan syiah




Al-Kafi di Mata Ulama Syiah


Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.[6][7] Mengikut pandangan Syiah, bahawa;
  • Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
  • Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
  • Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
  • Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
Penyatuan antara Syiah dan Sunni pernah cuba dilakukakan oleh beberapa ulama terdahulu seperti Syeikh Musa Jarullah, ulama sunnah di Rusia, dan Syeikh Mustafa As-Sibaie.[8] Semuanya gagal apabila gesaan supaya pengikut syiah menerima akidah sunni tidak diterima oleh pengkkut syiah. Syeikh Yusuf al-Qaradawi pula mengatakan bahawa penyatuan yang cuba dilakukan oleh golongan Syiah hanyalah bertujuan mengajak golongan Sunni menyertai pegangan Syiah, yang sama sekali bercanggah dengan pegangan Sunni sendiri.



sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment