Pages

Sunday, 19 May 2013

"selamat hari ibu"






Assalamualaikum (^_^)

seminggu yang lalu , masa tu tarikhnya 13 mei 2012, harinya jatuh pada hari ahad, minggu kedua bulan mei. Aku kira semua orang tawu tarikh apa tu . bagi yang masih xtawu , ia adalah tarikh “Hari Ibu” . Mungkin yang sedang membaca ni, ada yang tiba2 tepuk dahi.. “ alamak, lupa nak wish happy mothers day dekat mama lahhh”takpa, don’t worry dear. Pegilah ucap sekarang. Tak salah pon kan. Hari-hari pon hari ibu J Ada jugak yang cakap “ish.ish.ish.tak elok lah sambut hari ibu ni.kan asalnya dari kristian.harammm taw!”… hummm..bagi korang yang lain macam mana pulak? Apa reaksi korang? Apa yang korang buat masa hari ibu ni? Setahu aku seminggu yang lalu , 80% media massa sama ada bercetak atau penyiaran semuanya program berkisarkan hari ibu ni. Macam mana plak tu? Habis yang forum perdana ehwal islam pon pasal hari ibu macam mana plak? Aha…

Aku bukanlah alim ulamak, para ilmuwan atau ustazah pilihan yang nak mengupas isu ini. Entry kali ini aku Cuma ingin gerakkan dulu minda korang berfikir dan mencari mengenai hal ini. Macam apa hukumnya, kalau tak boleh apa solusinya supaya keadaan tak kelam kelibut..:) jadi, aku hanya ingin berkongsi fakta mengenai sejarah sebenar hari ibu. .katanya cerita asal pasal meraikan ibu tuhan bukan ibu manusia.jadi dri ibu tuhan mcamana plak boleh raikan ibu2 yg melahirkan kita plak?? aha.. kalau ada yang salah dialukan untuk menegur yee..

SEJARAHNYA…

Hari ibu sebenarnya perayaan pada musim bunga yang mana masyarakat Greece meraikannya sebagai tanda penghormatan mereka terhadap ‘Rhea’ iaitu ibu kepada Tuhan mereka.

1600

Masyarakat di England merayakan 1 hari yg mereka namakan sebagai ‘Mothering Sunday’. Ia dirayakan pd tiap hari Ahad ke-4 setiap ‘Lent’. Lent ialah tempoh masa selama 40 hari mksudnya sama ada dlm bulan februari atau mac lahh. Dlm tempoh ni, dorang yg beragama Kristian akn stop lakukan pkara t’tentu atau memakan makanan t’tentu atas dasar agama. Amalan tu sbg menghormati terhadap ‘Mother Mary’ iaitu Maryam, ibu kpd Nabi Isa a.s atau Jesus yg dorang anggap sbg Tuhan.
Dlm tempoh tu juga , kebanyakan org miskin bekerja sbg pembantu rumah. Dorang sanggup keluar jauh tggalkan family sbb percaya Jesus akn berikan kekayaan dan kesenangan dlm tempoh tu. Sampailah hari ahad ke-4 tu, majikan dorang akan bagi cuti untuk balik kampong jumpa ibu masing-masing. Setiap ibu akn diberi “mothering cake”. Amalan dan tradisi ni menular seluruh dunia dan kini disambut sbg penghormatan kpd ‘Mother Church’ yg mana ia dianggap satu kuasa spiritual yang agung. Sejak tu perayaan ‘mothering Sunday’ni diraikan dgn upacara di gereja.

1872. 

Hari ibu di AS disambut hasil ilham Julia Ward Howe iaitu seorang aktivis social dan telah menulis puisi “ The Battle Hymn of The Republic”.

1907. 

Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen melancarkan hari ibu. Beliau telah Berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virgina agar meraikan Hari Ibu pada hari ulangtahun kematian ibunya, iaitu pada hari AHAD KEDUA BULAN MEI. Sejak tu, hari ibu dirayakan setiap tahun di Philadelphia. Anna dan penyokongnya telah menulis surat pada presiden , ahli korporat dan ahli politik mencadangkan agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

1911. 

Hampir seluruh rakyat Amerika menyambut Hari Ibu.

1914. 

Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti am dan mesti diraikan pada setiap hari ahad kedua dlm bulan mei. Biarpun sebahagian besar ngara-ngara di dunia menyambutnya pd hari berlainan, tpi di Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia dan Belgium masih merayakannya pd setiap hari Ahad kedua bulan Mei..

TAMAT.

Dan aku kira di Malaysia juga begitu. Sbb hari tu di sebuah rancangan tv , pengacaranya memaklumkan bahawa sambutan hari ibu adalah pada setiap hari ahad kedua bulan mei. Ehem. Mungkin pada kita Hari ibu ni maksudnya sambutan sbg penghargaan buat semua ibu.pada hari tu, semua ibu diberi hadiah sbg tanda kasih sayang, diraikan sebaiknya. Tapi alam kita leka menyambutnya , pernah tak kita fikir asal usul hari ibu ni?cukupke hadiah je tanda kasih sayang? Cukup ke kta menghormati , meraikan dan menggembirakan ibu kita sehari je?

Kali ni aku tinggalkan korang dgn persoalan. Nanti aku update lagi berkisarkan sambutan yang macam mana pada Islam dan pendapat beberapa ulama yang membahaskan mengenai hukum menyambut hari ibu..fikir-fikirkan J





p/s : Mungkin di kalangan pembaca sekarang ni ada pulak yang dalam kepalanya terfikir.. “habis, mksudnya aku sambut hari ibu tu mcm sambut ulangtahun kematian mama Anna Jarvis tu ke? “..


sumber dari: achusara.blogspot.com

No comments:

Post a Comment