Cuti panjang Krismas ni, 4 hari kat kampung, kalau boleh nak siapkan entri pasal New Zealand.. sebab bulan satu nanti nak trip terakhir harga infant baby boy kami, nanti bulan tiga dah kena bayar seat dah.. huhu..
Susah jugak plan saya untuk memandu bersama anak kecik kami ni, kebanyakan bajet camper van ni biasanya untuk two seater je, susah nak cari 3-4 seater supaya saya boleh letak baby seat untuk anak saya. Yang ada pun dah bukan bajet lagi dah, pastu seat dia nun jauh di belakang.. google punya google jumpala satu company yang jadikan MPV sebagai campervan, so drive macam bawak kereta la, dan yang best nya baby seat boleh letak kat barisan tengah, boleh la hulur apa yang patut untuk anak kami.. Rental company ni namanya Spaceship, jadi saya ambik Toyota Estima yang buruk tanpa power supply, model Rocket, jadi sewa dia murah sikit laa, $NZD39 sehari tapi kalau campur fully covered insurance $NZD30 dan segala accesories apa bagai jadila $NZD100 sehari. Saya ambik 7 hari.. mm mahal jugak laa jadinya, tapi rasanya ini la yang terbaik dan termurah yang boleh saya dapat, tapi kalau berani boleh turunkan premium insuran, tolak GPS dan picnic table ke boleh la dapat murah sikit. Undang-undang New Zealand memerlukan anda untuk translate lesen memandu kita ke English, jangan risau sebab rental company boleh uruskan untuk kita, tapi kalau tak nak delay boleh scan siap-siap lesen tu, bagi kat diorang nanti nak ambik kereta boleh ambil translation tu terus. Macam kami dulu esoknya dia email, boleh print la kat mana-mana. Mahal gak la $NZD65 seorang atau $NZD100 untuk dua orang. Waktu peak season sila booking awal ek, ada kenalan couchsurfing saya tak dapat sewa kereta tau, last-last sewa dari North Island.
Hari pertama memandu sangat mencabar sebab nak kejar Fox Glacier tour pukul 5 petang, masalahnya kami bergerak agak lambat dari Christchruch lebih kurang pukul 11:30 selepas singgah beli barang perkakasan memasak kat Park N Save. Perjalanan sejauh 400km melalui Arthur’s Pass tanpa henti di jalan kona-kona dengan hujan apa bagai, kesian Zamir sampai bocor-bocor diaper dia huhu..
Fox Glacier
Ini antara yang wajib di lawati bila ke New Zealand, tengok bongkah ais tanpa perlu ke kutub utara atau selatan. Saya syorkan ambik tour guide seperti half day tour ataupun yang macam kami ambik, Glacier Tip Guide, 1-2 jam return trekking ke kepala glacier, tapi still tak boleh pegang atas alasan keselamatan, kena ambik tour guide yang lain la kalau nak panjat bongkah ais, Kalau tak ambik guide, korang setakat boleh ambik gambar dari jauh je. Haa lagi satu, budak kecik tak sesuai bawak ke sini, sebab dah la kena dokong pastu sejuk pulak tu, macam anak dengan wife saya dulu separuh je berjalan sebab tengok macam tak selesa je. Last-last wife saya bawa balik ikut group lain.
Malam tu malam pertama kami tidur dalam campervan kami, sewa power campsite sebab nak charge semua gajet-gajet yang dibawa. di Fox Glacier Top 10 Holiday Park disediakan macam-macam kemudahan, so tak perlu masak kat van takpe, dapur, dobi, family bathroom semua ada. Tapi sebab tidur kat dalam van, suhu malam tu punyala sejuk amat 4-5 darjah celcius. Kalau tidur memang kena bungkus satu badan la.. esok pagi tengok cermin MPV penuh dengan wap air kondensasi dari haba badan kami hehe..
Fox Glacier to Queenstown
Hari ketiga di South Island, kami memandu slow and steady turun ke selatan melalui tasik Wanaka ke Queenstown sejauh 329 km. Berhenti sekejap ke camp site Mount Aspiring di bawah jagaan Jabatan Pemuliharaan Hutan (DOC) untuk masak dan makan tengah hari. Camp Site kerajaan ni kalau nak bermalam murah je, $NZD6 sorang, tapi takde power site la, sekadar tandas awam dan air paip untuk minum. Semua air paip kat New Zealand “boleh diteguk begitu sahaja”. Kalau singgah waktu siang free je la. Petang tu kami tidur hostel la pulak Black Sheep Backpackers, sebab tengok murah kat internet $NZD60 je belasah la booking hotel tu.. kalau campsite pun dah $NZD40 dua orang. Yang penting ada heater haha, bukan senang nak jumpa heater yang betul-betul panas macam kat situ. Ni jela satu-satu hostel yang heater dia betul-betul OK.
Facing the Fear ( Menghadapi Ketakutan )
Kalau korang pernah layan siri Departure, rasanya ada kat Nat Geo Adventure atau travel channel kat HyppTV je kot, pasal salah satu episod Departure di New Zealand, macam mana si Justin yang gila-gila orang dia ni tapi penakut pait menghadapi ketakutan nak buat aktiviti gila di Queenstown, kawan dia si Scott ni lagi tak buat langsung, last-last terus buat skydiving sebab kena cabar. Satu-satu reality travelog yang best untuk korang layan. Bukan setakat dok promote tempat tu je.. Si Justin ni sampai ketar-ketar tangan bila first nak buat Bungee Jumping tapi bila dia dah buat dia cakap ” Interfering Fear is Amazing.. ke “Facing the fear is amazing”.. mana-mana la. Betul sebab itula perasaan bila kita takut tapi nak buat jugak, last-last hati jadi kosong, main terjun je macam saya dulu..hati dah beku kot, tak sempat nak mengucap, alhamdulillah takde apa-apa huhu.. Seperti yang saya baca pasal bungee ni, minda kita akan confuse untuk synchronise between body reflex and mind. So tup-tup bila terjun tu, tengok-tengok dah sampai bawah, sebelum tu memang tak rasa apa-apa la, cepat sangat.. sebab tu kekadang jarang tengok first timer ni menjerit bila terjun, dah sampai bawah baru menjerit.. Kalau yang menjerit tu berlakon je, sebab dah otai. So kepada yang gayat ni, jangan risau, yang penting kehendak kena melebihi perasaan anda.. buat bodoh je.
Selepas layan bungee pagi tu, kami bergerak ke Te Anau, lepak sana untuk dua malam, memandu sejauh 170km, tak jauh.. boleh lepak-lepak bila sampai awal. Nanti saya akan cerita cruise yang kami ambik masa kat sana..
Sampai jumpa lagi, chiao..
sumber dari: roydotcom.wordpress.com
Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert
ReplyDelete