Pages

Friday, 31 May 2013

percutian roy di New Zealand – Memandu Di South Island Part 2



Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing


Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing
Salam Pembaca
Ni adalah entri terakhir trip kami ke New Zealand, walaupun hanya 17 hari untuk dua negara, dengan masa yang  amat terhad terutamanya di New Zealand tapi trip kali ni saya rasa agak puas, sampaikan bila hari-hari terakhir tu.. “eh esok lusa dah nak balik dah?”  Mula la rasa down semacam, manakan tidak, setiap hari penuh dengan aktiviti, kalau dari 17 hari tu rasanya hanya dua hari je light & easy, sehari di Sydney, satu hari lagi di Te Anau, itupun sebab cruise ke Milford Sound cancel, tanah runtuh.
Kami sampai agak awal di Te Anau Lakeview Holiday Park, siap boleh masak tengah hari lagi, dan Zamir boleh tidur petang sambil baring dengan bonet belakang terbuka.. extend katil dia ke belakang. Te Anau adalah bandar yang terdekat untuk kita pilih tiga cruise, Milford Sound, Te Anau Glow Worm Cave, dan Doubtful Sound. Tetapi perlu ke anda ambil tour ni jika bajet ciput, sebab semuanya boleh tahan harga dia.
Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut.
Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut. Huhu besarnya watermark
Milford Sound vs Doubtful Sound
Harga boleh tahan.. Milford Sound dari Te Anau dah $NZD120, dan Doubtful Sound $235 seorang, Milford naik bas ke kuala tasik pastu naik bot pusing-pusing sampai ke laut lepas, untung-untung jumpa dolphin, penguin atau anjing laut, Doubtful pulak kena naik bot 2 kali, satu merentasi tasik Manapouri pas tu baru ke laut lepas. Saya dulu disebabkan jalan nak ke Milford runtuh, jadi terpaksalah ambik tour Doubtful ni, jadi total $470, mahal tu kalau convert ke RM.. huhu. rasa tak berbaloi sebab:
  • Tak jumpa sekor dolphin pun, setakat jumpa world smallest penguin dgn anjing laut je ( saya dah tgk anjing laut masa naik keretapi ke Christchurch dulu ). Penguin dah jumpa kat Taronga Zoo Sydney.. hehe
  • Permandagan fiord saya dah tengok masa naik ferry ke South Island.. tapi tak la setinggi macam kat Fiord-land tu
  • Saya takde kamera mahal atau DSLR, dan cuacanya tak tentu, 90% akan hujan setiap hari.
  • Saya tak tahu pulak yang mana satu best, tapi kalau Doubtful Sound tu memang sunyi sepi la, takde orang langsung, dan tour company pun ada dua je.. Milford yang best ada air terjun free fall ke laut, Doubtful boleh melawat hydroelectric plant 200 meter bawah tanah, di buka pada tahun 1971 lagi.
Jadi pendapat saya, kalau anda jenis macam saya dan itinerary lebih kurang macam saya, rasanya tak perlu lah ambik tour doubtful sound tu, Milford tu mungkin boleh la pergi sebab tak mahal sangat. takde rezeki saya kot masa tu… disebabkan tanah runtuh saya extend stay kat Te Anau sehari lagi, tapi still dua malam, cuma lepas tour saya hari kedua tu, terus bergerak ke Mount Cook. Hari pertama lepak-lepak kat Te Anau melawat ladang Alpaca, kambing kepala panjang.. hehe.
Glowworm Cave Tour
Saya ambik tour ni sorang, sebab masuk gua dalam gelap dan tak boleh bising, $NZD70 dan saya rasa berbaloi bila melihat makhluk ciptaan Allah ni, spesis cacing karnivor yang mengeluarkan cahaya. Saya seolah berada di dunia lain, bila tengok cahaya dari cacing tu umpama tengok bintang di langit je, tapi no picture allowed, so anda boleh google la untuk maklumat lebih lanjut.
Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah barat.
Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah pantai barat New Zealand South Island.
Te Anau ke Mount Cook (398 km)
Lepas Doubtful Tour kami terus bergerak ke Mount Cook dari pukul 5:30 petang dan sampai dalam 10:30 malam ke Glentanner Holiday Park, teraba-raba cari camp site nak park van, sebab dah booking awal rasa rugi nak check in kat hostel lain, so belasah je la, lagipun jalan tak bengkang bengkok sangat. Camp site ni agak lama di bawah kaki gunung dan berdekatan dengan sungai dan kepala tasik, bilik air dia kecik je, dapur busuk bau pelik. Jadi saya tak syorkan untuk anda menginap kat situ. Bagus drive lagi 15km ke kaki gunung Mount Cook dan menginap kat sana, banyak hostel kat situ. Pagi esoknya kami masak breakfast kat van je, alang-alang gas banyak lagi.
Mount Cook ke Christchurch (326km)
Sebelum bergerak kami naik atas ke kaki Mount Cook dulu, bergambar sekeping dua dan isi minyak kat stesen layan diri, maksudnya takde sorang pun jaga stesen tu. bayar pakai kad je. Pastu baru gerak balik untuk hantar kereta, Saya dah book Airport Lodge Motel ($NZD135 je siap dua bilik tidur dgn dapur lagi) kat Christchruch, jalan kaki je lepas hantar kereta, sayang sebab agak lambat, depoh van sewa tu dah tutup, last-last saya park kat luar, tinggalkan kunci dalam post box dia je. Nasib tak kena charge late return $NZD100, setakat charge minyak kurang sikit dari asal, syarat sewa kereta bila nak hantar tu minyak kena penuhkan balik, pastu kereta kena cuci dan vacum apa bagai, puas cari car wash, last-last basuh luar je kat stesen minyak. Autowash pakai mesin. Esoknya pagi buta pukul 4:45 pagi dah ke airport, untuk penerbangan terpanjang dan memenatkan, 2 jam setengah ke Sydney, 4 jam transit di Sydney dan 8 jam setengah ke Kuala Lumpur, sampai KL dok siang lagi pukul 6 ptg dengan mengantuk gila sebab jetlag.
Biasanya kat akhir entri, saya akan simpulkan pemerhatian saya mengenai sesebuah negara, dan sebagai negara yang kedua selamat di dunia selepas Iceland pada tahun ni, tahun lepas New Zealand nombor satu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Global Peace Index, boleh saya simpulkan:
  • Negara yang amat relaks, tak serabut untuk dilawati dengan populasi hanya 4.4 juta orang.
  • Sebab kadar jenayah yang rendah, rumah biasanya takde grill dan pagar macam penjara
  • Stesen minyak dia, isi dulu bayar kemudian
  • Sesetengah supermarket seperti New World dan Countdown ada self-checkout, maksudnya timbang, scan, pack dan bayar sendiri pakai credit atau debit card.
  • Rakyat di South Island lebih peramah berbanding North Island dan lebih peramah dari rakyat Australia.
  • Pemandu dia amat berhemah terutamanya bila masuk bandar, jadi kalau 50km/j, itulah yang diorang akan bawa, luar kawasan bandar 100km/j, biasanya takde polis hehe
  • Di Auckland, nak susur masuk highway dia ada traffic light, so macam ada timer untuk lepas kan kereta sebiji demi sebiji ke highway ( dalam sela masa 5-10 saat lebih kurang ), so takdela kes pancung masuk.
  • Makan agak mahal kalau di restoran average 12-15 dollar termasuk minum. So Subway atau Macdonald boleh jadi pilihan kalau takde halal restoran. Takpun beli buah je, kiwi 4 dolar dah dapat 6 biji.
  • Minimum untuk pusing satu New Zealand 14 hari, kalau tak macam sekejap sangat la.
  • Melancong guna bas lebih murah dari sewa kereta atau campervan, tiket nakedbus service boleh dibeli dengan harga $NZD20 dollar untuk 6-8 jam perjalanan.
Mmmm rasanya takat tu je kot cerita pasal New Zealand, di harapkan boleh jadi perkongsian ilmu kat pembaca blog ni walaupun saya tau banyak yang suka pergi Europe lagi, boleh shopping hehe..
Christchurch Airport di pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur :-)
Christchurch Airport pada pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur :-)


sumber dari: roydotcom.wordpress.com

2 comments:

  1. salam. sesiapa nak ke perth atau NZ contact mahira holiday homes and car rental pty ltd (australia) . i pernah ke perth pakai service diaorg. they have well equipped bungalow dengan semua fasiliti tersedia. memang bagus dan selasa. boleh masak dan ada garden dan tempat bermain untuk anak2.kami pernah menginap di holiday homes mereka. subhannallah mereka sgt baik dan peramah. org islam malaysia yang bermastautin di sana. so baru2 ni we went to south island NZ yg diorganized oleh mereka. Ya Allah sesungguhnya NZ memang antara negara tercantik didunia. mereka buat road trip yang sgt menarik. i pernah tanya dengan travel agent, mereka caj ground arrangement sahaja sudah cecah RM9000+ . tapi pakej 10hari 9 mlm ke NZ memang sgt berbaloi dengan mahira holiday homes. i surely recommend pada my friends and family dan pada sesiapa yg ingin ke perth dan NZ. anak owner ada di KL. 0123360098.

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt dengan comment ttg mahira. I baru balik dari nz.our amazing trip dari 20hb - 29hb august 2014 and was successfully conducted by mahira travel & tours sdn bhd. Mahira ni same company dgn yg ada kat australia. Muslim tour. SubhanaAllah tour dan tmpt kami pergi tu memang speechless. Very very good tour and arrangement. Dari segi timing pun bagus ( biasalah kalau ada lari sikit2) tapi overall memang very good. I pernah ikut muslim tour by other major well known travel agent kat msia. Tp service so-so je. And byk yg tak seperti dijanjikan dgn pelbagai alasan. Tapi bila i ikut dgn mahira ni memang veryyy familyyy la. U tak rasa u ikut tour. Mereka bg good allocated time for each stops and activity.nakkk pergi lgggg insyaAllahh ke north island pulak. Kami sekeluarga 6 org dgn anak kecil!

    ReplyDelete