Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Sunday 18 December 2011
tips memilih wedding photographer
Dalam membuat perancangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan, pemilihan juru kamera atau cameraman hendaklah dititikberatkan. Almaklumlah nanti gambar nikah dan persandingan kita akan ditatap oleh anak cucu cicit kite kelak. So, mestilah kita nak gambar kawin yang cun-melecun, kan? Sebab tulah di bawah nie ada disenaraikan beberapa tips yang perlu dipikirkan sebelum memilih wedding photographer anda:
Berpengalaman –
Pilih jurugambar yang dah ader bertahun2 pengalaman. Mereka nie mungkin senang dibawa berbincang kerana sudah biasa mengambil gambar dalam majlis2 perkahwinan. kalau nak tau cameraman nie berpengalaman ke tak, kita kena la tengok hasil karya diorang.
Profesional –
Seboleh-bolehnya kalu nak gambar yang elok, kita cari la cameraman yang professional di dalam bidangnya, dan bukan yang amatur. Bukan nak kata amatur tak reti tangkap gambar, cuma takut nanti kita tak puas ati plak dengan end resultnya. Satu lagi maksud professional nie ialah mereka yg dah ada pentauliahan atau ‘credential’ untuk buat keje amik gambar nie, samada secara fulltime ataupun partime. Yang pastinya, cameraman professional sah2 pandai ambik gambar yang cantik. Dah la bayar mahal2… mesti la nak yang the best, kan?
Tengok portfolio nya –
Portfolio nie mengandungi banyak hasil2 karya agung yakni gambar2 majlis kawin yang telah diorang tangkap :-) Dari pemerhatian gambar2 tu, kita bleh lihat kualiti si jurugambar nie. Bagus ke tidak. Dalam dunia Internet skang nie, dah ramai wedding cameraman yang postkan gambar-gambar yang telah mereka amik di majlis2 kawin di dalam blog mereka. So, lagi senang kalu you all nak pilih yang mana satu berkenan di hati, kan?
Pandai berinteraksi –
Cameraman jenis nie pandai beri arahan semasa sesi ambik gambar. Dia akan bagi direction pada pengantin camna nak posing…Yelah, pengantin pun bukanlah model kan, tak reti nak posing2 maut…:-) Lebih2 lagi la pada hari yang penuh debaran tue, lagi la mereka cuak… Satu lagi, sudah pastinya cameraman jenis nie jugak pandai bergaul dengan orang ramai, tak kira la orang kampung ke orang bandar. Ini sudah gerenti akan memudahkan lagi urusan mengambil gambar kawin di sesebuah majlis perkahwinan itu…
Penyabar –
Kengkadang tu, macam2 bende boleh terjadi di sesebuah majlis perkahwinan. Mungkin pengantin lelaki yang ditunggu2 lambat muncul. Mungkin gak pengantin pompuan ada 4/5 persalinan yang nak dipakai, dan semuanya akan memakan masa yang lama. Kalau dapat cameraman yang tak tahan sabar, mungkin gak dia akan cabut lari sebelum sempat ‘menangkap’ detik bersejarah anda. So, cari la orang yang buleh sabar dengan karenah korang, yer…
Menawarkan harga berpatutan –
Harga yang mahal pun sebenarnya tak jamin korang akan dapat fotografer yg hebat. Sebab skang nie, ramai fotografer yang berkaliber (khususnya di dalam Internet) menawarkan harga yang murah untuk pakej fotografi mereka. Yang pentingnya, tengok pada hasil karya mereka dan sesuaikan dengan bajet you all, ok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment